Pada 21 hingga 28 Ogos 2015 Unit Gemilang UPSR SKTPP telah mengadakan Program Sentuhan Kasih Gemilang UPSR 2015. Antara objektif program ini adalah untuk:
- Memberi fokus secara lebih dekat kepada murid-murid Kumpulan B (kategori Harapan Lulus - HALUS) yang gagal dalam mana-mana pelajaran sebanyak 132 orang berdasarkan prestasi Peperiksaan Percubaan OTI 2 yang lalu.
- Membimbing murid-murid dalam kumpulan yang lebih kecil dengan satu nisbah guru mengikut mata pelajaran yang tidak dikuasai mereka.
- Pendekatan serampang dua mata tanpa meminggirkan murid-murid dalam Kumpulan A (LULUS) dengan latih tubi yang setara dengan penguasaan mereka.
Aktiviti yang dijalankan pada murid-murid HALUS dalam kumpulan yang lebih kecil agar murid-murid ini dapat lebih memahami dan menguasai kemahiran yang masih kurang dikuasai. Murid-murid ini dibimbing oleh guru-guru mengikut subjek-subjek yang tertentu.
Disediakan oleh,
Puan Zailezah Bt Sardi
Penyelaras Unit Gemilang UPSR 2015
Disediakan oleh,
Puan Zailezah Bt Sardi
Penyelaras Unit Gemilang UPSR 2015
No comments:
Post a Comment