Pages

Wednesday, October 11, 2017

Program Sinar Nurani 2017

       Pada 11 Oktober 2017 hari Rabu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Program Sinar Nurani 2017. Seramai 50 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4 hingga 6 telah menyertai program ini.
       Tujuan program ini ialah untuk membentuk sahsiah diri murid dengan cemerlang yang merupakan aset terpenting dalam pencapaian akademik seseorang murid. Kegagalan murid menguruskan disiplin diri dengan baik secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai masalah dalam pergaulan dan pencapaian akademik.
       Objektif program ini ialah :-
  • Menimbulkan kesedaran murid-murid tentang kesilapan yang pernah mereka lakukan dan berusaha memperbaiki kesilapan tersebut.
  • Membantu karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
  • Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan rakan dan guru, keluarga dan masyarakat.
   Berikut adalah gambar sepanjang program berlangsung:


Buku Program  

Pengacara majlis oleh Cik Roslinda bt Mansor
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun

Penceramah oleh Ustaz Kharul Azwar bin Ab Razak.
Suasana semasa program dijalankan.

Sesi pendaftaran yang diuruskan oleh Pn Noriza bt Md Noor

Penyampaian Sijil Penghargaan oleh Guru Besar (Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali)

'Kami Benci DARVIH' 
Semoga program yang dijalankan sepanjang program dapat memberi motivasi kepada semua peserta supaya sentiasa menjaga sahsiah diri dengan baik.
Lagi laporan Program Sinar Nurani ini dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SKTPP di sini.

Disediakan oleh:
Pn Norzainon bt Mohd Razalli
Pn Juli bt Mahbah

No comments:

Post a Comment