Pages

Monday, November 2, 2009

Mesyuarat Pemilihan Pelajar Prasekolah 2010

Petang tadi pada jam 3 telah berlangsung mesyuarat tersebut di Bilik Guru Besar. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar itu dihadiri oleh PK HEM, 3 orang guru dan 2 wakil PIBG iaitu YDP dan NYDP.
Sekolah menerima 115 permohonan bagi mengisi 50 tempat. Pertimbangan dibuat berdasarkan pendapatan per kapita keluarga pemohon.
Surat tawaran akan dikeluarkan pada minggu ini. Terima kasih kepada semua.

No comments:

Post a Comment