Program Maju Diri (PMD) ini merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di negeri Selangor. Program ini dirancang khusus untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri di kalangan murid-murid Tahap Dua.
MATLAMAT
Program ini dijalankan atas matlamat berikut:
- Melahirkan murid yang berwatak mulia, berketrampilan positif dan pandai bersosial.
- Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid-murid.
- Mewujudkan insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek
dan sosial.
OBJEKTIF
- Dapat meningkatkan minat untuk belajar.
- Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri.
- Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid.
- Dapat menentukan dan memanfaatkan masa yang terluang dengan melakukan kerja yang berfaedah.
- Dapat menanamkan semangat nasionalisme dalam diri.
- Dapat memupuk rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air.
- Dapat menanamkan rasa insaf dan kenal diri agar berjaya menjadi tauladan kepada masyarakat.
Berikut ialah jadual ringkas PMD tersebut:
ISNIN(04.01.10)
07.45-08.45 PERHIMPUNAN
11.05-12.05 Ujian Pra PMD/Suai Mesra
12.05-01.05 Celik Sifir
SELASA - KHAMIS (05-07.01.10)
07.45-08.45 Mengenal Diri/Motivasi/Kerjaya
11.05-12.05 Mengenal Diri/Kemahiran Belajar/Mengurus Diri
12.05-01.05 Celik/Bijak Sifir
JUMAAT (08.01.10)
08.45-09.45 Kerjaya/Kemahiran Belajar
09.45-10.45 Bijak Sifir
11.05-12.05 Kemahiran Belajar/Mengurus Diri
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pn. Juli bt. Mahbah
No comments:
Post a Comment