- Waktu persekolahan:
- Waktu rehat Tahun 1 - 9.45 pagi hingga 10.05 pagi selama 20 minit
KERJASAMA SEMUA IBU BAPA / PENJAGA TIDAK BERADA DI KANTIN PADA
WAKTU TERSEBUT BAGI SELAMA 2 HARI TERSEBUT DI MANA IBU BAPA
DIBENARKAN MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH. - Ibu bapa / Penjaga murid Tahun 1 hanya dibenarkan berada di sekolah selama 2 hari sahaja. Dikehendaki berada di kantin atau di dewan terbuka apabila waktu persekolahan telah bermula. (2 HARI SAHAJA)
- Mulai hari ketiga persekolahan ( Rabu - 6 DIS 2010 ) HANYA boleh menghantar anak
sehingga di pintu kecil berhampiran pra sekolah atau pintu belakang berhampiran
Apartment Dahlia SAHAJA. Tidak dibenarkan menghantar dan menurunkan anak di
hadapan PINTU PAGAR UTAMA. - Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan menghantar anak ke dalam kawasan sekolah apatah lagi hingga ke dalam kelas.
- Pastikan semua murid telah membeli Buku Peraturan Sekolah dan diharapkan Ibu Bapa/Penjaga MEMBACA dan MEMAHAMInya bersama dengan anak masing-masing.
- Kelewatan dan ke sekolah : Murid yang lewat melebihi 3 kali akan diambil tindakan yang
sewajarnya. ( TANPA SEBAB YANG MUNASABAH ) - Ketidakhadiran ke sekolah : Dimaklumkan kepada pihak sekolah sama ada disertai dengan surat cuti sakit atau surat yang ditulis dan ditandatangani oleh Ibu Bapa / Penjaga.
(Diserahkan kepada guru kelas ) - Pakaian Seragam Sekolah - Seperti yang termaktub dalam Buku Peraturan Sekolah .
MESTI MENAMPAL LENCANA SEKOLAH DI BAJU. - Pakaian Pendidikan Jasmani : Seluar panjang (track bottom) hitam atau biru tua (gelap)
dan t-shirt sukan sekolah atau warna putih kosong SAHAJA. - Dilarang memakai barang kemas KECUALI anting-anting yang bersaiz paling kecil sahaja.
- Rambut murid lelaki : pendek dan kemas ( tidak mencecah telinga dan kolar baju )
dan dilarang mewarnakan rambut walaupun menggunakan inai serta potongan berfesyen. - Rambut murid perempuan : pendek dan kemas. Jika panjang mesti diikat atau ditocang
dengan rapi tetapi tidak boleh berfesyen. Hanya DIBENARKAN reben dan cekak yang
berwarna HITAM atau BIRU TUA SAHAJA. - Kuku: mesti sentiasa pendek dan rapi. DILARANG MEMAKAI INAI atau MEWARNAKAN KUKU.
- Hari Isnin dan Selasa: 7.40 pagi hingga 1.05 petang
- Hari Rabu dan Khamis : 7.40 pagi hingga 12.35 tengah hari
- Hari Jumaat : 7.40 pagi hingga 12.05 tengah hari
SEMUA MURID DIKEHENDAKI HADIR KE SEKOLAH 10 MINIT LEBIH AWAL IAITU
SELEWAT-LEWATNYA PUKUL 7.30 PAGI.
No comments:
Post a Comment