Pages
Friday, April 30, 2010
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Monday, April 26, 2010
Pencapaian Murid SKTPP Dalam Kokurikulum
Laporan Perhimpunan Minggu Ke - 16 2010
- Meminta murid-murid makan dan minum di kantin waktu rehat.
- Menjaga kebersihan kelas
- Kekemasan diri - memastikan rambut disikat dengan kemas dan dipotong ( murid lelaki)serta berpakaian seragam sekolah yang lengkap
- Kehadiran ke sekolah tepat pada waktunya dan ketidakhadiran ke sekolah mesti disertakan surat cuti sakit atau surat dari ibu bapa
- Melarang murid- murid membawa barang yang berharga ke sekolah
- Menyimpan duit dengan selamat sewaktu meninggalkan kelas untuk PJK atau bilik -bilik khas dan di bilik persalinan
- Vandalisme - merosakkan harta benda sekolah ,
- Di larang menceroboh bilik-bilik khas dan mencuri barang dari bilik tersebut
- Makan di kantin - di larang membawa air dan makan berbungkus melepasi kawasan kantin
- Kes Buli - meminta duit dengan murid lain dengan rela atau tidak rela , jika ada aduan akan diambil tindakan tegas.
- Bersama-sama menjaga kebun yang dibuat oleh murid-murid Pendidikan Khas , jika diceroboh akan diambil tindakan.
- Murid tahun 1 akan diberikan lembaran kerja manakala murid tahun 5 & 6 menghasilkan Pantun bertema Budi Bahasa dan Nilai - nilai murni.
- Kelas tambahan tahun 6 pada minggu ini dibatalkan untuk memberi peluang kepada murid membuat ulangkaji bagi menghadapi Ujian Percubaan UPSR Peringkat Sekolah
Saturday, April 24, 2010
Temasya Sukan SKTPP Kali Ke-6
Sabtu-24 April 2010, berlangsungnya acara Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana Kali ke-6. Acara bermula pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 2.30 petang. Acara sukan kali ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Taman Putra Perdana iaitu Tn Hj Shaharudin bin Ajam.
Rumah Hijau mengekalkan kejuaraan selama 4 tahun berturut-turut. Diikuti Rumah Kuning sebagai naik Johan dan Rumah Ungu di tempat ke-3. Rumah Biru, Merah dan Jingga masing-masing di tempat Ke-4, Ke-5 dan Ke-6.
Vireshwar dan Najwa dari Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati bagi tahun 2010. Manakala Atlet Harapan ialah Nur Syarafana dari Rumah Merah dan Mohd Qayyum dari Rumah Kuning.
Pelbagai aksi dan ragam telah berjaya dirakamkan sepanjang acara berlangsung :
Friday, April 23, 2010
Seminar APEC-SEAMEO [RELC]: An Essential for a Global Economy [Language Applications in Lesson Study]
Thursday, April 22, 2010
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI
Tarikh : 19 APRIL 2010
Masa : 6.00 – 6.30 petang
Guru Bertugas :
1. En Kamarul
2. Pn A’ishah
3. Pn Norizan
4. Pn Shurhama
5. Pn Lorna Rina
6. Pn Suraini
Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas
1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah (Muhd Afham Syahir-4 Linux)
2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
4. Penyampaian sijil kebersihan :
4.1 Tahun 2 : JELUTONG
4.2 Tahun 3 : MERBOK
4.3 Tahun 4 : LINUX
5. Ucapan Guru Bertugas : ( Pn Norizan)
1. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
6. Perkataan LAWAD hari ini :
1. Bahasa Malaysia : BERDIKARI
2. Bahasa Inggeris : SELF RELIANT
3. Bahasa Arab : IHTIMAM ‘ALA NAFSI
7. Laporan Guru Bertugas minggu lepas :
( Pn Nurhayu
1. Ucapan tahniah kepada semua murid dan guru kerana beratur dengan baik ketika bergerak ke kelas.
2. Guru-guru dikehendaki melepaskan murid pulang setelah loceng dibunyikan.
3. Murid tidak dibenarkan berlari atau bermain di dataran sewaktu rehat.
8. Pengumuman-pengumuman :
( Pn Nik Rosmaliza )
8.1 Penyampaian hadiah pertandingan Pendidikan Seni yang diadakan pada 5 hingga 9 April kepada murid-murid yang memenagi hadiah saguhati, tempat ketiga, tempat kedua dan tempat pertama.
9. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan :
( Pn Siti Hanim – PK Petang )
1. Wabak H1N1 masih ada dan sedang berleluasa kini dan semua murid diminta menjaga kebersihan diri, rumah, sekolah dan tandas. Diharap murid dapat mengamalkan basuh tangan sebelum makan.
2. Tentang penyemakan buku tulis, ibu bapa murid diminta menandatangani cop pada buku tersebut.
3. Semasa hujan murid tidak dibenarkan berlari kerana lantai licin,murid dikehendaki berjalan dengan pantas sahaja bukan berlari
4. Jika tidak hadir ke sekolah murid hendaklah menulis surat, jangan tidak hadir sesuka hati .Jika berlaku demikian sekolah akan keluarkan surat amaran 1, kemudian surat amaran 2 akhir sekali surat berhenti sekolah.
5. Hari Sabtu adalah hari sukan dan murid diminta hadir untuk memeriahkannya.
6. Murid –murid diminta turun dari kelas ke tapak perhimpunan melalui tangga-tangga yang tertentu yang telah ditetapkan.
Wednesday, April 21, 2010
Rombongan Lawatan Dari Negara Thailand
MAKLUMAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2010
PERKARA | TARIKH PELAKSANAAN |
PERCUBAAN 1 | 27, 28 dan 29 April 2010 |
PERCUBAAN 2 | 1, 2 dan 3 Jun 2010 |
PERCUBAAN 3 | 19, 20, 21 Julai 2010 |
PERCUBAAN 4 | 24, 25 26 Ogos 2010 |
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) | 21, 22 dan 23 September 2010 |
Monday, April 19, 2010
TEKNIK MENJAWAB UPSR (FASA 1) 2010
Pada hari ini ceramah Teknik Menjawab UPSR bagi matapelajaran Sains dan B. Melayu akan di adakan.
Diharapkan semua penjaga murid Tahun 6 dapat menghantar anak masing-masing untuk menyertai aktiviti yang bermanafaat ini.
HARI : Isnin
TARIKH : 19hb April 2010
MASA : 7.45 malam hingga 10.30 malam
TEMPAT : SK Taman Putra Perdana
SASARAN : Semua murid tahun 6
Saturday, April 17, 2010
PROGRAM KITAR SEMULA (REDEMPTION DAY) TETRA PAK
Syarikat minuman Tetra pak akan mengadakan kempen kitar semula pada hari sukan sekolah. berikut adalah butiran mengenai program tersebut:
Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)
Masa : bermula jam 8 pagi
Tempat : bersebelahan prasekolah
Sehubungan itu, ibu bapa/ warga sekolah yang membawa sebarang kotak minuman boleh ditukar dan akan menerima cenderamata daripada pihak Tetra Pak.
Butiran tentang pertukaran kotak minuman dengan cenderamata adalah seperti berikut:
10 - 20 kotak = Mini Recycled Notepad
21 - 30 kotak = Recycled Notebook (M size)
31 - 40 kotak = Green Woven Bag
41 - 50 kotak = Recycled Notebook (L size)
pihak Tetra Pak menerima semua jenama dan saiz kotak minuman
Friday, April 16, 2010
KURSUS LADAP 2010
Thursday, April 15, 2010
TEKNIK MENJAWAB UPSR FASA I
Murid-murid yang begitu bersemangat untuk mengikuti Program Teknik Menjawab UPSR dan bersedia untuk diagihkan kepada 2 kumpulan.
En Johari B Sahar, penceramah jemputan bagi mata pelajaran Sains memberikan teknik-teknik yang mudah untuk menjawab UPSR bagi mendapatkan markah yang disediakan
Sebilangan murid yang berada di Pusat Sumber Sekolah bagi mengikuti Teknik Menjawab UPSR Bahasa Melayu
Wednesday, April 14, 2010
Tarikh : 12 APRIL 2010
Masa : 6.00 – 6.30 petang
Guru Bertugas :
- En Aspal
- Pn Roseniza
- Pn Rosmaria
- Pn Nurhayu
- Pn Nurul Ain
- Pn Nik Rosmaliza
- Pn Umi Nadzrah
Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas
1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah
2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
4. Penyampaian sijil kebersihan :
4.1 Tahun 2 : JELUTONG
4.2 Tahun 3 : KELICAP
4.3 Tahun 4 : LINUX
5. Ucapan Guru Bertugas : ( Pn Rosmaria )
- Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
- Murid-murid diingatkan tentang disiplin supaya beratur dalam barisan dan senyap ketika bergerak ke bilik-bilik khas.
6. Perkataan LAWAD hari ini :
- Bahasa Malaysia : DEDIKASI
- Bahasa Inggeris : DEDICATION
- Bahasa Arab : MUJTAHIDUN
7. Laporan Guru Bertugas minggu lepas :
( Pn Nor-Azura )
- Murid-murid perlu lebih berhati-hati tentang keselamatan diri ketika menuruni tangga
- Murid-murid dinasihatkan agar sekiranya tandas rosak, guna sahaja terus tandas yang elok
- Bagi murid-murid Muslim diingatkan supaya melipat semula sejadah setelah digunakan di dalam surau
8. Pengumuman-pengumuman :
( Pn Salwana )
8.1 Program Kitar Semula – Penyampaian hadiah bagi kutipan tertinggi
Pertama : 4 Midori
Kedua : 4 Linux
Ketiga : 3 Nuri
9. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan :
( Pn Siti Hanim – PK Petang )
- Tatacara makan di kantin sewaktu rehat :
- mesti beratur apabila membeli makanan
- duduk dan makan hanya di kantin
- letak pinggan mangkuk yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan
- Murid keluar dari kelas mesti dengan PAS KEBENARAN daripada guru
- Sewaktu perhimpunan atau pun di dalam kelas murid-murid tidak perlu menjerit untuk mengucapkan salam ataupun menyanyi
- Penggunaan perkataan ’faham’ bagi murid-murid perlu diikuti dengan tindakan dan bukan sekadar ’faham’ hanya di mulut sahaja.
Monday, April 12, 2010
LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN & DEMONSTRASI KEBAKARAN
Guru-guru dan murid bersedia untuk mendengar taklimat ringkas berkaitan demonstrasi latihan memadamkan kebakaran yang diberikan oleh En Sabri wakil dari Balai Bomba & Penyelamat Cyberjaya
Mendengar taklimat dari wakil bomba berkaitan penggunaan alat pemadam api sekiranya berlaku kecemasan
En Azhar b Man yang merupakan salah seorang guru di SK Taman Putra Perdana, cuba untuk memadamkan api kebakaran dengan bantuan ahli bomba
Salah seorang murid dari Kelas Pendidikan Khas, cuba memadamkan api kebakaran
Pemberian cenderamata kepada wakil pegawai, En Sabri dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya
Tahniah!!
Pasukan bola sepak SKTPP telah berjaya meraih tempat kedua dalam kejohanan Bola Sepak peringkat daerah Sepang. Sebanyak 42 pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini. Acara penyampaian hadiah dan sijil telah dilakukan semasa perhimpunan rasmi sekolah pada pagi tadi.
Kem Bestari Solat Kali Pertama 2010
Berikut adalah sebahagian daripada perjalanan kem tersebut :-