Semua guru sesi pagi merasa amat bertuah kerana dapat mendengar ceramah bertajuk 'Etika dalam perkhidmatan' yang telah disampaikan oleh Encik Shashim Shah B. Harun , Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Ceramah tersebut telah dijalankan pada 15 April 2010 (Khamis) selama 2 1/2 jam (2.00p.m. - 4.30p.m.). Segala maklumat dan nasihat yang diberikan akan dijadikan panduan dan pegangan dalam mendidik murid-murid ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.
No comments:
Post a Comment