Guru bertugas minggu ini:-
- Cikgu Hafiz
- Cikgu Astina
- Cikgu Jumilah
- Cikgu Linda
- Cikgu Norliza
- Cikgu Noriza
- Cikgu Zulastri
- Murid-murid tidak makan & minum dikantin sewaktu rehat.
- Kebersihan kelas pula ada sedikit peningkatan terutamanya kelas Tahun 1. Murid harus bekerjasama dalam menjaga kebersihan kelas.
- Anugerah Kebersihan:-
- Tahun 1 - 1 Myvi
- Tahun 5 - 5 Lotus
- Tahun 6 - 6 Kuprum
- Tahun 5 Lotus
- Tahun 6 Argentum
- Jika murid-murid berasa kurang sihat, sila beritahu ibu bapa dan berehat dirumah.
- Jangan berlari-lari dikawasan sekolah terutamanya murid Tahun 1.
- Jangan cari masalah & bergaduh.
- Jangan bising sewaktu pertukaran waktu, rehat dan waktu balik.
- Kepada ahli Tunas Puteri, sila hantar borang ke Bagan lalang dan borang keahlian kepada Cikgu Ainul.
- Guru kelas yang belum mengambil buku Keselamatan Jalan Raya, sila ambil di bilik BOSS.
- Kegiatan Kokurikulum hari Rabu ini - Latihan rumah sukan.
- Kempen Galakan Membaca telah mula dijalankan.
- Murid-murid digalakkan membaca sekurang-kurangnya 1 buah buku (perlu dicatat dalam buku NILAM).
- Sila catat tarikh dan judul dalam borang peraduan (borang boleh didapati di pusat sumber sekolah).
- Jika murid membaca lebih daripada 20 buah buku dalam tempoh tertentu, hadiah akan diberikan.
- Mulai hari ini, murid Tahun 5 & 6 dibenarkan meminjam buku di perpustakaan.
- Wabak H1N1 gelombang ke-2 sedang melanda. Murid-murid diminta menjaga kesihatan mereka.
- Wabak Denggi juga sedang melanda. Murid-murid perlu berhati-hati. Jika demam yang berpanjangan, sila dapatkan rawatan di hospital secepat yang mungkin.
- Tandas lelaki yang baru dibaiki telah pun rosak semula. Murid-murid dinasihatkan supaya menggunakannya dengan baik dan cermat. Kemudahan yang diberikan perlu dijaga dengan baik.
- Program Galakan Membaca telah dilancarkan. Ada 3 peringkat semuanya. Setiap peringkat ada 3 orang pemenang.
- Kepada murid-murid, sila tulis tarikh, tajuk & maklumat tentang buku didalam borang yang disediakan (ada diperpustakaan).
- Borang itu kemudiannya hendaklah dimasukkan kedalam kotak yang disediakan.
- AJK akan memilih pemenangnya berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
- Hadiah utama akan diberikan pada akhir tahun (hadiah akan dipamerkan di pusat sumber sekolah).
- Tempoh program adalah sehingga bulan Oktober 2010.
Lain-lain
2 orang guru dari SKTPP akan mula berpindah hari ini.
- Wan Ahmad Rithaudin - berpindah ke SK Puchong Perdana.
- Wan Nawawi - berpindah ke SK Taman Medan.
- Pn Ummi Maslinda akan ambil-alih semua jadual Wan Nawawi bermula 5/4/2010.
No comments:
Post a Comment