LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN
Hari : ISNIN
Tarikh : 3 MEI 2010
Masa : 6.00 – 6.30 petang
Guru Bertugas :
- En Ezol Fitri
- Pn Saadiah
- Pn Rashidah
- Pn Noraida
- Pn Zaiton
- Pn Azlina
- Cik Siti Nur (menggantikan Pn Siti Baizura
Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas
1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah
2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
4. Penyampaian sijil kebersihan :
4.1 Tahun 2 : JELUTONG
4.2 Tahun 3 : KELICAP
4.3 Tahun 4 : WINDOW
5. Ucapan Guru Bertugas : (En Ezol Fitri)
- Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
- Murid-murid diingatkan supaya menjaga kebersihan diri (penampilan diri).
- Bahasa Malaysia : YAKIN
- Bahasa Inggeris : CONFIDENT
- Bahasa Arab : YAQIN
- Murid-murid tidak dibenarkan berlari ketika pergi ke kelas, ke bilik khas dan semasa rehat.
- Murid-murid dinasihatkan agar menjaga kebersihan tandas. Pam tandas selepas digunakan.
- Tahniah kepada guru-guru dan murid atas tahap kebersihan dan keceriaan kelas yang semakin baik.
9. Ucapan Guru Disiplin.(Pn Yani)
- Kedudukan basikal tidak teratur.
- sewaktu rehat tahap 2 ada kelas yang tidak menutup kipas.
- kebersihan diri- rambut panjang.murid perempuan mestilah mengikat rambut atau memakai cekak berwarna putih/biru gelap/hitam.
- kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih.
- stokin hendaklah dipakai.
- Vandalisme(merosakkan harta benda sekolah):
- ada murid yang tidak bertanggungjawab mencabut kertas/maklumat di sudut mata pelajaran dan maklumat dan merosakkan meja/kerusi di kelas lain.
- peralatan di dalam kelas adalah kegunaan bersama dan hak sekolah.
- Kebersihan diri:
1. Rambut mestilah kemas dan disikat rapi menggunakan minyak
2. baju sekolah hendaklah digosok.Minta bantuan ibu atau ayah.
3. kasut hendaklah dibasuh setiap minggu.
4. waktu rehat adalah masa untuk murid makan, solat dan bukannya bermain.
- Murid yang tidak membuat kerja sekolah dan tidak membawa buku akan diambil tindakan terutama kepada murid yang melakukan kesalahan berulang-ulang. (kerjasama dengan Pn Yani).
No comments:
Post a Comment