Pages

Tuesday, June 22, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22

Guru Bertugas :

1. Pn. Roseniza

2. Pn. Nurul Ain

3. Pn. Nik Rosmaliza

4. En. Aspal

5. Pn. Rosmaria

6. Pn. Nurhayu

7. Pn. Umi Nadzrah

a) Bacaan doa oleh wakil pengawas : Muhammad Afham Syahir

b) Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah.

c) Bacaan ikrar Rukun Negara oleh guru bertugas dan Ikrar Murid oleh wakil murid.

d) Penyampaian sijil kebersihan :

1) Tahun 2 : 2 Jelutong

2) Tahun 3 : 3 Kelicap

3) Tahun 4 : 4 Linux

e) Perkataan LAWAD hari ini :

1) Bahasa Melayu : Gagang

2) Bahasa Inggeris : Family

3) Bahasa Arab : Sittatun

f) Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Suriyana:

- Murid-murid dilarang menggunakan Dataran Perhimpunan.

- Kebersihan kelas perlu dipertingkatkan terutama di bahagian tong sampah belakang kelas.

- Murid-murid tidak dibenarkan berlari semasa waktu rehat dan pulang dari sekolah.

- Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main sewaktu membaca doa.

g)Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Siti Hanim bt Sungit.
- Beliau memperkenalkan guru-guru baru kepada murid-murid iaitu:
  • Normalisha bt Omar
  • Norazlin bt Mohd Nor
  • Nor Arzah bt Hussin
  • Aznita bt Ahmad
  • Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin

- Penggunaan tandas - wajib membuka kasut dan memakai terompah untuk menjaga kebersihan tandas.
- Buku Rekod Keluar Masuk Solat
  • murid perlu menggunakan pas keluar solat yang disediakan.
  • satu pas untuk seorang murid.
  • murid dikehendaki menjaga kebersihan surau.
- Penggunaan koridor sewaktu hujan - pintu grill di koridor Bilik Pendidikan Khas akan dibuka sekiranya hari hujan untuk memudahkan laluan murid-murid.
- Penampilan murid mestilah kemas dan bersih.
- Murid-murid diingatkan membuang sampah ke dalam tong sampah dan menghormati bacaan doa.
-Beliau juga mengingatkan murid-murid supaya mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment