Tarikh : 12 Julai 2010
Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Guru Bertugas : Puan Zaleha (K)
: Puan Zainur Jimah
: Puan Nur Syukri Hidayati
: Puan Ezza
: Puan Mazzaini
: Encik Mohd Rusydan
Laporan perhimpunan:
1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Zaleha. Acara menaikkan bendera dilakukan oleh badan beruniform Pandu Puteri Tunas.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Zainur Jimah dan Ikrar Murid oleh pengawas sekolah.
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :
4.1 En. Shahrizal melaporkan 2 perkara:
- Adab dan disiplin murid sepanjang membeli makanan di kantin: Murid diberi amaran supaya jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa membeli makanan di kantin.
- Adab dan tatacara apabila balik sekolah: Murid diingatkan supaya tidak bertolak-tolak, berlari-lari dan berlumba-lumba ketika menuruni tangga.
5. LAWAD
Puan Zainur membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.
BM – TERUJA bermaksud timbul minat atau keinginan kuat terhadap sesuatu.
BI – CARRY bermaksud membawa.
ARAB – QALAMUN bermaksud pen.
6. Ucapan Puan Zainur Jimah
6.1 Memberi pesanan kepada tahun 5 dan tahun 6 supaya tidak membuat bising dan jangan berlari-lari semasa loceng rehat tamat sebaliknya murid dingatkan supaya terus beratur di dewan untuk masuk ke kelas masing-masing. Gelagat murid-murid yang membuat bising telah mengganggu murid tahap 1 yang sedang belajar. Murid perempuan dilarang berkumpul di bilik persalinan semasa loceng habis rehat dibunyikan sebaliknya harus bergegas beratur di dewan.
6.2 Puan Zainur juga mengumumkan aktiviti kokurikulum pada minggu ini ialah Unit Beruniform.
6.3 Mengumumkan keputusan keceriaan kelas:
Tahun 1 –Alza
Tahun 5 –Lily
Tahun 6 – Argentum
7. Ucapan Puan Jamilah Ariffin
7.1 Murid dinasihati agar memakai terompah supaya tandas tidak kotor. Murid juga dinasihati supaya murid menghormati makcik yang menjaga tandas. Puan Jamilah juga memberi amaran bahawa alat pembersihan dalam tandas tidak boleh diusik oleh murid.
7.2 Mengingatkan kembali murid tahun 5 dan tahun 6 supaya tidak melengahkan masa untuk beratur di dewan semasa loceng habis rehat dibunyikan.
7.3 Mengumumkan bahawa sekolah akan menjalankan ‘Kempen Zero Sampah’. Murid membawa plastik ke sekolah, murid akan membuang sampah dalam plastik dan bawa pulang ke rumah.
7.4 Memberi pesanan kepada murid bahawa sekiranya murid demam lebih daripada 3 hari hendaklah mengajak ibu atau bapa ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut. Murid yang mengalami demam juga diingatkan supaya jangan datang ke sekolah.
7.5 Memberi amaran bahawa murid perlu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah dan tidak dibenarkan meninggalkan sisa makanan tersebut begitu sahaja diatas meja kantin. Pinggan dan gelas juga hendaklah diletakkan ke dalam besen yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kantin kerana dikhuatiri kekotoran meja kantin akan mengakibatkan gangguan burung gagak.
Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.
No comments:
Post a Comment