Pages

Wednesday, August 4, 2010

LAWATAN PERSATUAN MATEMATIK & SAINS

Satu lawatan telah dianjurkan oleh Persatuan Matematik dan Sains SKTPP ke Kilang Pelican, Monumen Alaf Baru, Masjid Tuanku Mizan dan Taman Botani. Lawatan selama sehari ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang ilmu sains secara konstektual. Di Kilang Pelican, mereka telah diberi taklimat tentang bagaimana penghasilan dakwat yang digunakan dalam katrij komputer. Selain itu di Taman Botani melalui aktiviti 'treasure hunt', mereka dikehendaki mencari nama nama saintifik tumbuhan yang terdapat di dalam Taman Botani tersebut. Keseluruhannya, aktiviti ini telah berjaya mencapai objektifnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya guru-guru pengiring yang bekerja keras menjaga 80 orang murid supaya selamat pergi dan balik...

No comments:

Post a Comment