Pages

Monday, November 1, 2010

Hari Kanak-kanak Sedunia

1 Jun setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa (International Children's Day, ICD) oleh kebanyakan negara di dunia. Namun demikian Hari Kanak-kanak tidak semestinya disambut pada hari itu di semua negara. Perayaan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959. Di negara kita ia disambut pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober.

Objektif utama sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia ialah sebagai satu tanda penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap kanak-kanak dan hak-hak mereka. Selain itu ia juga bertujuan untuk menyedarkan setiap golongan masyarakat akan tanggungjawab mereka dalam memelihara hak dan dan masa depan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment