Hari : ISNIN
Tarikh : 10 JANUARI 2011
Masa : 7.30 – 8.00 pagi
Guru Bertugas :
Pn. Noor Hanawati Alinda (K)
Pn. Noor Azila
Pn. Siti Rabiaah
Pn. Kwa Jin Nee
Pn. Zainur Jimah
Pn. Nurzainon
Pn. Noorjhan
En. Nurul Fakhri
En. Zulkefli
Laporan/Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
i. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim
ii. - Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Noor Azila dan Ikrar Murid oleh Ketua Murid (Idzni Fatini)
2. Ucapan Guru Bertugas (Pn. Noor Azila)
i. Guru bertugas menyampaikan tema pada hari ini berkaitan dengan Peraturan Sekolah 1
BAHAGIAN 1: SAHSIAH
1.1 Pakaian Seragam Sekolah
1.1.1 Murid Perempuan
a) Blaus putih berlengan pendek, berwarna putih jenis kain kapas mesti dibutang kecuali di bahagian leher.
b) Pelajar Islam dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih kosong dan dibutang di bahagian leher.
c) Pinafore/Skirt berwarna biru tua dan labuh skirt hendaklah sampai di bawah lutut dan tidak terlalu besar.
d) Kain berwarna biru tua.
e) Tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih dan perlu dipinkan di kiri kanan tudung. Kerongsang tidak dibenarkan dipakai di sekolah.
1.1.2 Murid Lelaki
a) Seluar panjang berwarna biru tua, tidak berjenama.
b) Kemeja putih berlengan pendek, berwarna putih jenis kain kapas mesti dibutang kecuali di bahagian leher.
c) Tali pinggang hanya dibenarkan berwarna hitam/biru tua.
ii. mengharapkan murid-murid dapat mengawal diri dan mematuhi disiplin diri sendiri semasa berada di sekolah.
iii. Aktiviti kokurikulum bermula pada hari Rabu ini jan 2.00-4.00 petang (Unit Beruniform)
3. Ucapan Guru Disiplin Sekolah (Puan Zaleha)
i. Mengumumkan larangan melalui Dataran Perdana oleh semua murid.
ii. Murid perlu menggunakan pintu pagar B untuk masuk dan keluar dari kawasan sekolah.
iii. Murid juga perlu menyusun basikal mengikut susunan yang telah ditetapkan, jangan terlalu jarang dan mengikut giliran (siapa sampai dahulu perlu diletakkan di bahagian tepi sekali, diikuti dengan murid lain).
4. Ucapan Tuan Guru Besar (Encik Sukimin bin Juki)
i. Perhimpunan pada hari ini ada peningkatan dari minggu lepas kerana jumlah yang hadir lewat berkurangan.
ii. Peringatan kepada murid tentang peraturan-peraturan sekolah yang perlu dipatuhi
iii. Hari Isnin sepatutnya murid lebih bersih dan kemas berbanding dari hari-hari lain.
iv. Setiap murid perlu ada Buku Komunikasi (bertujuan untuk memudahkan ibu bapa dan guru berhubung).
v. Pelajar yang lewat hadir ke perhimpunan perlu terus berbaris di barisan khas. Ini untuk mengelakkan daripada mengganggu suasana perhimpunan yang sedang berlangsung. Barisan lewat dibaris bernombor 30(untuk Tahun 4), nombor 31 (untuk Tahun 5) dan nombor 32 (untuk Tahun 6). Pelajar diingatkan untuk tepati masa.
vi. Lorong 17 dikosongkan untuk laluan pelajar dari belakang untuk datang dengan cepat ke hadapan (tidak perlu ada ganguan)
vii. Setiap pelajar perlu bersama-sama menjaga kebersihan sekolah (sampah jangan biarkan bersepah dan masukkan ke dalam tong sampah yang disediakan). Sampah mengasah pensel juga perlu dimasukkan betul-betul ke dalam tong sampah.
viii. Ucapan Guru Besar supaya pelajar dapat belajar dengan baik dan menerima penambahan ilmu pada hari ini.
No comments:
Post a Comment