Ujian ini diadakan untuk mengenal pasti kekuatan atau kelemahan murid dalam mata pelajaran UPSR pada peringkat awal, sekali gus membolehkan pihak sekolah membuat perancangan dan aktiviti penambahbaikan. Ujian ini akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :
Hari : Isnin - Rabu
Tarikh : 10 - 12 Januari 2011
Masa : sila lihat jadual di bawah
Hari/Tarikh | Perkara | Tempoh/Masa | |
Isnin 10 Januari 2011 | B. Melayu (Kertas 2) B. Melayu (Kertas 1) Sains | 1 jam 15 minit 50 minit 1 jam 15 minit | 8.10 – 9.25 9.35 – 10.15 11.00 – 12.15 |
Selasa 11 Januari 2011 | B. Inggeris (Paper 2) B. Inggeris (Paper 1) Matematik (Kertas 2) | 1 jam 15 minit 1 jam 40 minit | 7.45 – 9.00 9.15 – 10.15 11.00 – 11.40 |
Rabu 12 Januari 2011 | Matematik (Kertas 1) | 1 jam | 7.45 – 8.45 |
Pihak sekolah juga akan mengadakan Hari Jalinan Kasih antara guru dan ibu bapa murid tahun 6 pada hari Sabtu, 15 Januari 2011 (8.30 pagi) di Dewan Perdana SKTPP. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memberi makluman mengenai aktiviti-aktiviti peningkatan UPSR bagi tahun 2011.
Antara agenda yang akan dibincangkan adalah :
1. Perancangan aktiviti peningkatan UPSR
2. Taklimat setiap mata pelajaran UPSR
3. Penetapan bayaran untuk membiayai aktiviti peningkatan UPSR
4. Perjumpaan dengan guru-guru tahun 6 (serahan keputusan ujian diagnostik)
5. Hal-hal lain
Semoga semua ibu bapa tahun 6 akan dapat melapangkan masa bersama-sama hadir ke sekolah pada masa tersebut.
No comments:
Post a Comment