Pada hari ini, 9 April 2011 telah diadakan satu bengkel Pemantapan Kertas Bahasa Melayu UPSR. Bengkel ini adalah kerjasama Panitia Bahasa Malaysia SK Taman Putra Perdana dan Panitia Bahasa Malaysia SK Taman Putra Perdana 2. Bengkel ini diadakan berikutan daripada perubahan format penulisan dalam subjek Bahasa Melayu kertas 2.
Bengkel ini dikendalikan oleh dua orang guru bahasa Melayu iaitu Cikgu Ruby dari SKTPP dan Puan Wan Fauziyah dari SKTPP2.
Objektif program ini adalah seperti berikut:
i. Memberi pendedahan tentang perubahan terkini format Bahasa Melayu Kertas 2 .
ii. Melatih guru-guru tentang sistem penandaan dan pemarkahan UPSR.
iii. Berkongsi teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
iv. memantapkan pemahaman guru-guru tentang format dan teknik pengajaran
Bahasa Melayu Kertas 2.
Bengkel telah berjaya dilaksanakan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Seramai 18 guru dari SKTPP dan 7 orang guru SKTPP2 telah menyertai bengkel ini.
Antara aktiviti yang telah berjaya dijalankan adalah :
1. Penerangan format bahagian A, B dan C.
2. Teknik-teknik dan tips-tips pengajaran kepada murid.
3. Penandaan kertas bahagian A dan Bahagian C
5. Penerangan mengenai kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid dan cara menghadapinya.
Berikut adalah paparan beberapa keping gambar yang sempat dirakam:
Sebahagian guru yang hadir untuk berbengkel
Guru diberikan masa untuk menanda skrip jawapan murid sementara menunggu kehadiran semua guru terlibat
Masing-masing menunjukkan kesungguhan dalam usaha memantapkan teknik penandaan
Guru-guru SKTPP2 asyik berbincang sambil dibantu oleh penceramah
Semoga kerjasama sebegini akan dapat diteruskan pada masa hadapan demi memantapkan P&P guru di dalam kelas. Terima kasih kepada semua AJK dan guru-guru yang terlibat.
Tahniah kepada Panitia BM kerana berjaya menganjurkan bengkel sedemikian ,banyak input yg diperolehi....TK.
ReplyDeleteSemoga perkongsian ilmu yg diberikan dapat memantapkan lagi keyakinan kita dalam menanda dan memberi markah sebetulnya utk murid-murid berpandukan kriteria pengskoran. :D
ReplyDeleteTAHNIAH DAN SYABAS!!!ANDA ADALAH PERINTIS PERUBAHAN.
ReplyDelete