Pages

Monday, April 4, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-13)

Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-13 (Sesi Pagi)
Hari: Isnin
Tarikh: 4 April 2011
Masa: 7.30 – 8.10 pagi
( perhimpunan tidak dapat dijalankan di Dataran Perhimpunan kerana hari hujan)

Guru Bertugas:

1. En. Kamarul Bin Abdul Rahman (K)
2. Pn. Norhana Binti Nordin
3. Pn. Hasmawatie Binti Hanafi
4. Pn. Nik Kamisah Binti Mohd Aziz
5. Pn. Nurul Fadhilah
6. Pn. Roslina Jaafar
7. En. Norizmi Zainal Abidin

Laporan/Ulasan:

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Mohd Hafez bin Riduan.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En Norizmi Zainal abidin
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Sanjay Devdas.
5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Pn Juli Mahbah
a) Kes menipu- ramai di kalangan murid menipu mengenai kesihatan mereka
yang membawa kepada faktor ponteng sekolah atau kelas.
b) Kes mencuri- terdapat segelintir murid terjebak dalam kes salah laku
disiplin yang melibatkan kecurian. Ini dapat dilihat melalui 'spot check'
beg murid pada minggu lepas.
c) Berebut menaiki tangga- Hal ini selalu diperkatakan oleh guru yang bertugas. Ini melibatkan segelintir murid suka berebut ketika menaiki
tangga. Perkara ini perlu dititik beratkan bagi mengelakkan sebarang
kecederaan berlaku.
6. Kehadiran memuaskan.

Ucapan guru bertugas (En. Norizmi Bin Zainal Abidin)

1. Tema minggu ini ' Kebersihan Diri '
2. Menjaga kebersihan diri dapat meningkatkan kesihatan dan sahsiah diri murid di samping mewujudkan persekitaran yang sihat dan suci.
3. Kebersihan juga meliputi kebersihan persekitaran sekolah, bilik darjah dan
tidak hanya tertumpu di kawasan rumah sahaja.

Pengumuman Kebersihan Kelas:

1. Tahun 4 : 4 Kelicap
2. Tahun 5 : 5 Xenix
3. Tahun 6 : 6 Daisy

Perkataan LAWAD pada hari ini:

1 Bahasa Melayu: Menguis (menolak atau menyepak ke tepi)
2 Bahasa Inggeris: Bedroom (bilik tidur)
3 Bahasa Arab: Kam ( berapa)

Ucapan dari Unit Disiplin ( Puan Zaleha Binti Ramdhan)

1. Ucapan alu-aluan.
2. Tingkah laku tolak menolak - terdapat murid melakukan kesalahan tersebut ketika berada
dikantin sewaktu beratur membeli makanan serta berbaris selepas rehat.
3. Berkeliaran ketika rehat- menjadi kebiasan murid berkeliaran sehingga di ruang tempat letak
kereta guru dan tempat letak basikal murid.

Ucapan Puan Penolong Kanan 1 (Puan Siti Habsah Ahmad)

1. Setiap murid diingatkan agar menjaga kesihatan diri dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
2. Setiap murid yang mempunyai masalah kesihatan perlu menjalani rawatan.
3. Bagi murid yang terbersin atau batuk perlu menutup mulut agar virus yang tidak baik tidak
menular kepada rakan yang lain.
4. Murid yang lain juga perlu menjauhi rakan mereka yang terbatuk atau bersin agar tidak
berjangkit.



No comments:

Post a Comment