Tarikh : 16 & 23 April 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana & Pusat Sumber Sekolah
Sasaran : Semua murid Tahun Enam
Penceramah yang terlibat :
1) En. Ahmad Yusof Bin Abd Rahman - Bahasa Inggeris
2) Tn.Hj Zulkifli Bin Hj Mahfudz - Matematik
3) Pn.Norhayati Bt Abd Aziz - Bahasa Malaysia
4) Hjh Zawiah Bt Shaharun- Sains
Program Teknik Menjawab UPSR Fasa 1 telah berjaya dijalankan pada kedua-dua tarikh tersebut. Kehadiran murid pada 16 April yang lalu seramai 232 orang manakala pada 23 April pula seramai 236 orang murid. Ketidakhadiran murid pada 16 April telah diambil tindakan dan diminta memberi surat tunjuk sebab.
Pihak sekolah khasnya Jawatankuasa Peningkatan UPSR amat mengharapkan kehadiran murid 100% pada program akan datang. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa/penjaga yang telah memastikan kehadiran anak masing-masing mengikuti program yang dianjurkan demi kecemerlangan UPSR 2011. Tidak ketinggalan juga kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang telah menjayakan program ini
Suasana ketika Program Teknik Menjawab UPSR 2011 (Fasa 1)
No comments:
Post a Comment