Pages

Thursday, May 5, 2011

Bengkel Bahasa Inggeris Kali Pertama 2011 (Program Penutur Jati)


Program Penutur Jati Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan untuk Tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati.

Bengkel Bahasa Inggeris kali pertama ini adalah salah satu aktiviti dibawah Program Penutur Jati Bahasa Inggeris, yang telah dijalankan di Bilik Mesyuarat, SKTPP pada Rabu,4 Mei 2011. Ia bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Sesi perbengkelan kali pertama ini telah dihadiri oleh 11 orang guru iaitu 8 orang guru Bahasa Inggeris Tahap 1 dari sekolah ini dan 3 orang guru Bahasa Inggeris Tahap 1 sesi petang dari SK Dengkil. Penutur jati, Ms Hannah Casey telah membantu kami dengan penerangannya yang menarik terutama dari segi pengenalan kepada program ini dan tentang pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris untuk Tahap 1 di bawah kurikulum baru. Bengkel ini akan dijalankan pada setiap minggu.



Ms Hannah Casey, penutur jati.






Saifullah dan Grace
Parimala, Arnny dan Norazian



Guru Bahasa Inggeris Tahap 1 SKTPP


Guru Bahasa Inggeris Tahap 1 SK Dengkil

No comments:

Post a Comment