Hari : ISNIN
Tarikh : 25 Julai 2011
Masa : 6.10 – 6.40 petang
Guru Bertugas :
Pn. Nur Malisha
Cik Nurul Akma
Cik Shakila
Pn. Nik Rosmaliza
Pn. Nur Syukri Hidayati
Pn. Noranismawati
En. Shahrizal
Laporan/Ulasan :
1. Bacaan doa, nyanyian dan Ikrar
i. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (Dipimpin oleh Pn. Salmi)
iii. Bacaan doa oleh Pengawas sekolah, Nuraiman Danial bin Osmena (3 Seraya)
iv. Ikrar Rukun Negara oleh En. Shahrizal dan Ikrar Murid oleh ketua pengawas sesi petang, Aniq Iqbal b. Zulkarnain (3 Seraya)
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Ke 26) – Pn. Arjunawati
i. Guru mengingatkan murid supaya jangan bermain di kaki lima sekolah kerana boleh mendatangkan kecederaan kepada murid. Murid diingatkan supaya jangan berlari di kawasan sekolah.
ii. Murid tidak perlu datang ke sekolah sekiranya sakit. Murid perlu berehat di rumah.
iii. Murid diingatkan supaya bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda diri sendiri.
3. Ucapan Guru Bertugas (En. Shahrizal Bin Ya’am)
Tema:
Guru bertugas menyampaikan tema iaitu malu bertanya sesat jalan.
i. Malu untuk berusaha, kejayaan tidak akan dicapai.
ii. Situasi di sekolah: Murid perlu bertanya kepada guru jika tidak faham. Guru lebih suka jika murid bertanya kepada guru. Jika tiada guru, murid boleh bertanya kepada rakan sebaya jika tidak memahami sesuatu perkara.
iii. Situasi di rumah: Murid perlu bertanya kepada ahli keluarga, adik beradik jika ada sesuatu kemusykilan.
iv. Sifat suka bertanya adalah satu cara untuk peroleh kejayaan.
Perkataan LAWAD:
Bahasa Melayu: Cengkeram bermaksud wang pendahuluan
Bahasa Inggeris: Pray bermaksud berdoa, sembahyang
Bahasa Arab: Kummasra bermaksud buah pear
Pengumuman:
i. Murid digalakkan membawa bahan bacaan ke sekolah sempena program DEAR ( Drop Everything And Read).
ii. Pusat sumber sekolah ditutup pada hari Selasa dan Rabu.
Penyampaian sijil pemenang pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas:
Tahun 1: Lambda
Tahun 2: Myvi
Tahun 3: Seraya
4. Ucapan Tuan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin Bin Ibrahim)
i. Bulan Ramadhan semakin hampir, harapan supaya murid bersedia lebih awal.
ii. Kantin ditutup sepanjang bulan Ramadhan. Murid digalakkan tidak membawa makanan ke sekolah menandakan murid menghormati bulan Ramadhan. Murid perlu belajar berpuasa. Namun, jika murid tidak berdaya untuk puasa, dibolehkan membawa bekal makanan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
iii. Diharapkan murid tidak bermain atau berlari pada waktu rehat di bulan puasa sebaliknya mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah contohnya membaca buku.
iv. Pelbagai aktiviti akan dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam, diharapkan ramai murid akan menyertai aktiviti tersebut.
v. PKSR akan diadakan tidak lama lagi, juga pada bulan puasa. Murid diingatkan supaya bersedia dan belajar bersungguh-sungguh.
vi. Penjualan alat mainan tidak dibenarkan di sekolah. Amaran akan diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab menjual alat mainan tersebut. murid tidak dibenarkan membeli atau membawa segala jenis mainan ke sekolah. Tindakan akan diambil jika murid tidak mematuhi peraturan sekolah.
No comments:
Post a Comment