Pages

Saturday, August 6, 2011

BENGKEL PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KSSR


Bertempat di SK Taman Putra Perdana telah berlangsungnya bengkel Pentaksiran Berasaskan Sekolah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Sepang dengan kerjasama Unit Kurikulum SKTPP pada hari Sabtu, 6 Ogos 2011. Bengkel yang bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari ini dihadiri oleh 57 orang guru-guru, penolong-penolong kanan dan guru besar dari 15 buah sekolah daerah Sepang iaitu SK Sg Pelek, SK Kota Warisan, SK Methodist, SK Desa Putra, SK Taman Seroja, SK Pulau Meranti, SK Kg Baharu Lanjut, SK Dato Abu Bakar Baginda, SK Cyberjaya, SJK(C) Wah Lian, SJK (C)Sin Ming, SJK(C) Chio Chiao, SJK(C) Tche Min, SJK(C) Dengkil dan SRAI Salak Tinggi serta 2 buah sekolah dari Putrajaya iaitu SK Presint 11(2) dan SK Presint 9(1).

Slot 1 dimulakan dengan taklimat mengenai PBS, Standard Prestasi dan sistem fail yang telah disampaikan oleh Puan Siti Habsah Ahmad, Penolong Kanan Kurikulum SKTPP. Slot 2 telah disampaikan oleh Puan Jumilah Ahmad mengenai Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Bengkel mengikut matapelajaran telah diadakan di mana penerangan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah mengikut subjek diterangkan dengan lebih terperinci melibatkan penggunaan standard prestasi, pembinaan instrumen, evidens dan sistem fail.


Adalah diharapkan agar perkongsian ilmu ini memberi manfaat yang maksimum kepada guru-guru yang terlibat. Jutaan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan bengkel Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini.


Slot 1: Puan Siti Habsah Ahmad menyampaikan taklimat mengenai PBS, Standard Prestasi dan Sistem Fail


Slot 2: Penerangan mengenai SPPBS oleh Puan Jumilah Ahmad


Sebahagian daripada peserta kursus


Para peserta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penerangan yang diberi


Bengkel Bahasa Inggeris: Tuan Guru Besar, En. Sukimin Juki turut serta memberi penerangan


Bengkel Pendidikan Seni


Bengkel Matematik


Bengkel Bahasa Malaysia


Bengkel Bahasa Arab


Bengkel Pendidikan Islam


Bengkel Dunia Sains dan Teknologi


No comments:

Post a Comment