Pages

Tuesday, September 27, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 25 (SESI PETANG)

Hari: Isnin

Tarikh: 26 September 2011

Masa: 6.10 pm - 6.40 pm

Guru Bertugas:

Pn. Shakila

En. Shahrizal

Pn. Syukri Hidayati

Pn. Nik Rosmaliza

Pn. Nur Malisha

Cik Nurul Akma (tidak hadir)

Pn. Noranismawati (tidak hadir)


Laporan/Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Muhd Irfan Bin
Rosli (3 Jati).
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Nik Rosmaliza.
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain (3 Seraya.)

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn. Nor Sabariah)

5.1 Kemerosotan disiplin dikalangan murid agak membimbangkan.

5.2 Murid-murid tidak berbaris dengan betul semasa berada di Dewan Perdana dan Dewan Putra serta membuat bising sebelum masuk ke kelas masing-masing.

5.3 Sikap sesetengah murid yang suka membuang sampah semasa beratur perlu dihindarkan.

5.4 Terlalu banyak barang tercicir atau hilang, ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya.

5.6 Kejadian minggu lepas, murid 3 Keruing menyembur air ke mata kawan, maka terjadilah pergaduhan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku lagi.

6. Ucapan Guru Bertugas: (Pn. Nik Rosmaliza)

6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.

6.2 Memperkenalkan tema pada minggu ini: Badan sihat, otak cerdas.

- Untuk memiliki otak yang cerdas, murid perlu memiliki badan yang sihat terlebih dahulu.

- Badan yang sakit mengganggu pemikiran dan mental seterusnya tidak dapat belajar dengan baik.

- Cara menjaga kesihatan tubuh badan iaitu dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan senaman, makan makanan berzat dan seimbang.

- Amat penting murid memastikan badan sentiasa sihat untuk membolehkan otak berfungsi dengan baik.

6.3 Peringatan kepada semua murid supaya tidak bermain dan berlari di kawasan sekolah untuk mengelakkan kecederaan berlaku.

7. Perkataan LAWAD pada hari ini:

1. Bahasa Melayu

Kartunis: Orang yang kerjanya melukis kartun secara profesional.


2. Bahasa Inggeris


Anchor: Sauh


3. Bahasa Arab


Shaariu’n: Jalan

8. Penyampaian sijil dan hadiah kelas terbersih mingguan.

Sijil pemenang minggu ke 24

Tahun 1: Lambda

Tahun 2: Alza

Tahun 3: Almon

Hadiah pemenang 3 minggu berturut-turut

Tahun 1: Lambda

Tahun 2: Alza

Tahun 3: Cengal

9. Ucapan Guru Penolong Kanan: (En. Rosdin Ibrahim)

9.1 Kelakuan/ perbuatan melambangkan peribadi murid sendiri. Jika murid menunjukkan sikap yang buruk, maka jahatlah gambaran guru dan kawan-kawan terhadap murid tersebut. Oleh itu, murid perlu berubah sikap dan menunjukkan peribadi yang baik dan disenangi semua kawan dan guru.

9.2 Sikap membuang sampah merata-rata perlu dikikis dalam diri. Murid sepatutnya suka kepada keadaan dan persekitaran yang bersih. Maka murid perlu bersama-sama menjaga kebersihan kawasan sekolah.

9.3 Malam Amal 1 Malaysia: diharapkan semua murid yang berminat untuk hadir ke majlis tersebut membeli tiket daripada guru. Malam Amal 1 Malaysia akan diadakan pada hujung minggu ini, Sabtu (1 Oktober 2011) .

No comments:

Post a Comment