1. PROGRAM TRANSISI
- Tempoh pelaksanaan Transisi adalah selama 8 hari (4 Januari 2012 - 13 Januari 2012) iaitu pada sesi petang bermula pukul 1.20 petang - 6.40 petang.
- Ibu bapa perlu menyediakan sebuah buku tulis (No 1) untuk kegunaan sebagai Buku Transisi (4/01/2012 -13/01/2012). Sepanjang minggu Transisi, semua murid tidak perlu membawa buku teks dan buku tulis yang lain.
- Penggunaan tanda nama murid sementara hendaklah dipakai setiap hari persekolahan sehingga 31/01/2012. Sila lengkapkan nama ibu bapa dan nombor telefon di belakang tanda nama tersebut.
2. JADUAL WAKTU
- Jadual Waktu kelas akan diedarkan pada hari Jumaat (13/01/2012) dan penguatkuasa penggunaannya akan bermula pada hari Isnin (16/01/2012)
3. KEBENARAN BERADA DI SEKOLAH
- Sepanjang minggu Transisi, ibu bapa dibenarkan berada di sekolah selama 3 hari tetapi mesti berada di kantin sahaja. Ibu bapa dilarang sama sekali untuk berada di kaki lima kelas anak masing-masing kerana akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
4. PERATURAN PEMAKAIAN BAJU SUKAN
-Pastikan anak-anak memakai pakaian sukan ( terus dari rumah) untuk mata pelajaran Dunia Muzik dan Pendidikan Jasmani (tidak perlu membawa pakaian seragam sekolah sepanjang tahun kecuali pada bulan Ramadhan.
5. FAIL PERIBADI
- Ibu bapa hendaklah memulangkan fail peribadi anak masing-masing yang lengkap selewat-lewatnya pada hari Jumaat (6/01/2012) kepada guru kelas. Ibu bapa harus memastikan semua maklumat telah dilengkapkan.
6. GAMBAR
- Sila serahkan satu keping gambar murid untuk folder KSSR ( Fail Perkembangan Murid) kepada guru kelas selewat-lewatnya pada hari Jumaat (6/01/2012).
No comments:
Post a Comment