Pages

Monday, February 13, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI (13 FEBRUARI 2012)


Hari : ISNIN
Tarikh : 13 Februari 2012
Masa : 6.10 – 6.40 petang

Guru Bertugas :Pn. Wan Sarinah Bt. Wan Ibrahim (K)
Pn. Norlida Bt. Othman
Pn. Norhayati Bt. Ismail
Pn. Nur Malisha Bt. Omar
Pn. Grace a/p Danaraj
Pn. Parimala a/p Vengadaslam
Pn. Norazian Bt. Mat Anuar (cuti bersalin)
Laporan/Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
Bacaan doa.
Ikrar Rukunegara oleh Pn. Wan Sarinah Bt. Wan Ibrahim
Ikrar Murid oleh Adik Husna.
2. Ucapan wakil Guru Bertugas minggu lepas (Pn. Julaili Bt. Onian)
Melaporkan murid-murid suka berlari-lari di Dewan Perdana semasa rehat. Murid-murid juga tidak beratur dengan senyap selepas loceng rehat dibunyikan. Beliau mengingatkan murid-murid agar tidak melakukan lagi perkara tersebut.
Memaklumkan bahawa murid-murid kurang memberi ucap selamat kepada guru-guru. Beliau mengingatkan agar murid lebih menghormati semua guru dengan memberi ucap selamat.
Melaporkan bahawa masih ramai murid yang tidak makan di kantin. Terdapat juga murid yang suka makan di Dewan Perdana, Dewan Putra, dan di tepi longkang. Perkara ini amat menyedihkan kerana murid tidak mematuhi peraturan sekolah agar makan di kantin. .
3. Ucapan wakil Guru Bertugas (Puan Wan Sarinah Bt. Wan Ibrahim)
Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini (seperti nama guru bertugas di atas)
Menyampaikan pesanan mengenai menjaga keselamatan diri, semasa datang dan balik sekolah. Contohnya, murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah setelah sewaktu sesi persekolahan.
Murid juga tidak dibenarkan membawa benda tajam ke sekolah, seperti gunting, dan pisau.
Murid juga tidak dibenarkan bertolak-tolakkan semasa naik dan turun tangga, ditakuti ada yang akan cedera.
4. Perkataan LAWAD:
Bahasa Malaysia : calit bermaksud sapu atau palit
Bahasa Inggeris : father bermaksud ayah atau bapa
Bahasa Arab : Ahmarun yang bermaksud merah
5. Pengumuman dan Makluman:
Murid Islam Tahun I dan 2, Kelas Tasmik akan diadakan pada hari Selasa, dari 12.50 – 1.20 petang.
Murid Islam Tahun 3 pula. Kelas Tasmik akan diadakan pada hari Khamis, dari 6.10 – 6.40 petang.
Perjumpaan Kokurikulum ( Unit Uniform ) untuk murid Tahun 3 akan diadakan pada hari Rabu,
dari 7.40 – 10.00 pagi.
6. Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( Pn. Jamilah Bt. Ariffin)
Puan Jamilah menegaskan bahawa, untuk membentuk bangsa yang maju, setiap orang murid perlulah seimbang dari pelbagai aspek yang berikut :
Jasmani – murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan, kerana badan yang cergas akan membentuk minda yang cerdas.
Emosi – perlu bijak menangani emosi dengan sentiasa mengawal diri dengan bersabar dan tidak cepat bertindak negatif apabila diusik atau dipukul kawan. Ini dapat mengelakkan kes-kes pergaduhan dan caci-mencaci.
Rohani – amalan nilai-nilai murni seperti baik, taat dan memberi bakti kepada sekolah adalah merupakan pengisian rohani yang terbaik.
Intelek – perlu dititik beratkan kewarasan intelek agar dapat menilai perkara yang baik atau buruk. Elakkan melakukan tindakan-tindakan yang boleh merosakkan diri sendiri seperti mencaci, mencarut atau menghina rakan-rakan.
Sosial – Interaksi dengan kawan-kawan dan guru-guru perlu lebih baik, elakkan sentimen menghina atau menggunakan bahasa-bahasa kasar dalam pergaulan seharian.
Seterusnya, Puan Jamilah meminta murid-murid menjaga diri sendiri sebelum menjaga individu lain. Terutamanya pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber dan ketua-ketua kelas. Jika diri sendiri masih melakukan kesalahan, bagaimana mahu menegur kesalahan rakan-rakan yang lain. Oleh itu, setiap pengawas sekolah perlu membaiki tahap disiplin sendiri, kerana jawatan itu boleh ditarik balik sekiranya mereka tidak mampu mengawal diri drpd melanggar disiplin sekolah.
Puan Jamilah juga mengingatkan murid-murid agar tidak membuang sampah keluar daripada kenderaan seperti bas atau kereta. Sikap sebegini menunjukkan peribadi seseorang yang tidak mementingkan kebersihan fizikal dan mental. Seharusnya semua murid perlu menitikberatkan kebersihan diri dan persekitaran agar kehidupan menjadi lebih selesa.

No comments:

Post a Comment