Untuk maklumat
lanjut klik di sini
Pada
16 April 2012 (Isnin) telah dijalankan kursus Virtual Learning Environment
(VLE) Frogasia.com di SK Taman Putra Perdana.
Kursus ini diadakan berikutan
SKTPP dipilih sebagai sekolah rintis bersama 5 sekolah lain untuk
menggunakan aplikasi Frogasia ini.
Semua guru SKTPP terlibat dalam kursus LADAP yang dijalankan secara 2 sesi seperti berikut:
Guru Sesi Petang (10.30 – 12.30 tengah hari)
Guru Sesi Pagi (1.30 – 3.30
petang)
Lokasi kursus di Makmal komputer 1,
Makmal komputer 3 dan Bilik Mesyuarat
Kursus ini telah dikendalikan oleh pasukan YTL Communications yang diketuai oleh Puan Tong Oi Kuan bersama 11
rakan sekerja dibantu oleh pasukan Frogasia sekolah.
Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk:
1. Memperkenalkan
VLE Frogasia di bawah projek 1Bestarinet.
3. Membina
laman frogasia untuk diri sendiri.
Paparan gambar sepanjang aktiviti kursus:
Kursus di Makmal Komputer 1 semasa sesi guru petang
Kursus di Makmal Komputer 3
Puan Aznita tekun membina laman sendiri
Encik Shahrizal sedang mengedit laman peribadinya
Puan Tong sedang memberi penerangan
Encik Adam turut membantu memberi penjelasan
Guru-guru diberi peluang menerokai sendiri laman web frogasia
Kursus yang dijalankan di Bilik Mesyuarat untuk guru-guru sesi pagi
Puan Nor-azura membantu guru-guru
Hasil daripada kursus ini, para guru telah mendapat penambahan ilmu terutama dalam bidang pendidikan. Adanya Frogasia.com ini akan dapat menyediakan para guru untuk menggunakan teknologi terkini dalam pengajaran, sejajar dengan perubahan dunia kini.
Pendedahan kepada murid juga akan dilakukan secara berperingkat dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment