Hari : Isnin
Tarikh : 30 April 2012
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tarikh : 30 April 2012
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
·
Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu
lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
·
Nyanyian telah dipimpin oleh Puan Kwa Jin Nee.
·
Adik Mohamad Kamal Aizam telah memimpin bacaan doa.
·
Puan Norhana memimpin bacaan Ikrar Rukun Negara.
·
Ikrar murid telah dibaca oleh adik Atiqah An Nur
Guru Bertugas
·
Zulkefli Daud
·
Norhana
·
Nor Azura Mohamad Asir
·
Noor Azila Ngah
·
Norasmawati Omar
·
Norhafiza
·
Siti Mahfuzah
·
Mohd Kamarul Ab Rahman
Laporan/ Ulasan Guru Bertugas (Cik Nor
Shuhada)
·
Ustazah Nor Shuhada menegur tentang sikap murid yang suka bermain air
paip di kantin. Tujuan penggunaan paip di kantin adalah untuk membasuh tangansebelum
dan selepas makan, tetapi ada sesetengah
murid yang bermain dengan air paip dengan cara membazir. Amalan ini adalah
sikap yang perlu dibendung.
·
Beliau juga menegur mengenai sikap murid yang suka membuang sampah
merata-rata selepas rehat. Plastik makanan bertaburan di kawasan sekolah. Nasihat
beliau adalah agar murid membuang sampah ke dalam tong sampah kerana itu adalah
sikap yang berhemah.
Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas
Tahun 4
Pertama:Seraya
Kedua
: Jati
Ketiga
: Balau
Tahun 5
Pertama :Merak
Kedua
: Merpati
Ketiga : Tiung
Tahun 6
Pertama :Novell
Kedua
:Windows
Ketiga :Palm
PPKI
Pertama
: PPKI Yakin
Kedua :
PPKI Cekal
Ucapan wakil Guru Bertugas (Puan Norhana)-Kebersihan
Alam Sekitar
·
Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
·
Tema pada minggu ini adalah “Kebersihan Alam Sekitar”
·
Beliau menegaskan bahawa kebersihan adalah bermula dari rumah, untuk
menjadi lebih sihat dan bebas daripada haiwan yang membawa penyakit seperti
nyamuk,tikus,lipas dan sebagainya, maka murid hendaklah memastikan berada dalam
persekitaran yang bersih.
·
Buangkan sikap suka membuang sampah di merata-rata tempat.
·
Kempen kitar semula bertujuan untuk menjaga alam sekitar supaya berada
di dalam keadaan bersih. Pokok-pokok yang ditanam adalah bertujuan untuk
menjaga alam sekitar kerana pokok mengeluarkan oksigen untuk manusia. Oleh itu
kita hendalah menghargai kebersihan alam sekitar.
Lawad
·
Bahasa Melayu - eksperimen (ujian,
penyelidikan)
·
Bahasa Inggeris - dinner (makan malam)
·
Bahasa Arab - mindilun (sapu
tangan)
·
Peptalk pada hari ini adalah tahun 6 Windows dan 6
Symbian
·
Kegiatan kokorikulum pada minggu ini adalah Unit
Berunifom
·
Memaklumkan Cuti Hari Pekerja pada hari selasa
Ucapan dari Guru Disiplin (Puan Zaleha)
·
Murid-murid dilarang membuang sampah melalui tingkap
ke atas bumbung kerana di situ merupakan
laluan air semasa hujan dan sikap begini juga boleh menyebabkan bumbung pecah. Sampah-sampah
yang dibuang seperti botol air dan
kertas menyebabkan kebersihan di atas bumbung tercemar dan sakit mata memandang.
·
Sikap usik mengusik, ejek mengejek dan kata mengata
menjadi amalan beberapa orang murid terutamanya pada waktu rehat. Ini
menimbulkan sikap tidak puas hati dan membawa kepada pergaduhan. Murid
dinasihatkan tidak mengamalkan sikap begini.
·
Beliau juga memaklumkan kepada murid bahawa sikap sesetengah murid yang
melukis benda-benda lucah merupakan salah satu daripada salah laku disiplin.
Murid dinasihatkan tidak melakukan kesalahan ini.
Ucapan dari Guru Besar (En Sukimin Juki)
·
Mengucapkan syabas di atas kehadiran murid ke sekolah..
·
Beliau juga menegaskan bahawa setiap individu
memainkan bertanggung jawab menjaga kebersihan muka bumi ini. Pada 30 Oktober
2011 penduduk bumi telah mencapai 7 bilion orang. Maka pada tahun berikutnya
bilangan penduduk akan semakin bertambah.
·
Maka sebagai penduduk di muka bumi ini, kita janganlah
melakakan pencemaran kerana kita saling bergantung antara satu sama lain.
Jagalah muka bumi ini dengan baik untuk anak cucu kita yang akan datang.
·
Bagi memastikan kebersihan alam sekitar ini dihayati
dengan lebih mendalam banyak kempen dan program yang telah dijalankan.
·
Penggunaan bekas polisterin hendaklah dikurangkan
kerana ia tidak elok untuk alam sekitar.
·
Murid digalakan membawa botol minuman atau bekas
minuman dari rumah.
·
Elakkan penggunaan botol mineral secara berulang
kali kerana ianya tidak elok untuk kesihatan. Botol mineral yang telah dibuang boleh
digunakan untuk proses kitar semula.
·
Guru besar memaklumkan pada 7 Mei hingga 11 Mei 2012
bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Murid hendaklah melakukan
ulangkaji, menjaga kesihatan dan keselamatan diri sebagai persediaan pada hari
peperiksaan nanti.
Perhimpunan ditamatkan pada jam 8.10 pagi
No comments:
Post a Comment