Tarikh : 23 April
2012
Masa : 7.30 - 8.25
pagi
Guru Bertugas :
1. En Ismarizal bin Ismail
2. Pn Zuraini bt Ismail
3. Pn Roseniza bt Setapa
4. En Nurul Fakhri bin Ali
5. Pn Hanawati Alinda
6. Pn Kwa Jin Nee
7. Pn Visva Vilasini
8. Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor
Laporan/ Ulasan guru
bertugas (Pn Rosmawati bt Desa)
1.
Murid-murid diingatkan apabila sampai di sekolah, murid
dikehendaki duduk di tapak perhimpunan.
2.
Murid-murid juga diminta beratur di hadapan kelas
sekiranya hari hujan.
3.
Murid-murid dinasihatkan supaya tidak berlari semasa
menggunakan tangga.
4.
Semasa rehat, murid-murid diingatkan supaya
meletakkan pinggan dan mangkuk di tempat yang telah disediakan dalam keadaan
tersusun.
Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas
Tahun 4
Pertama - Jati
Kedua - Seraya
Ketiga - Merbau
Tahun 5
Pertama - Merbok
Kedua - Merak
Ketiga - Kelicap
Tahun 6
Pertama - Novell
Kedua -Palm
Ketiga - Windows
Pemenang tiga kali
berturut-turut:
Minggu ke-9 hingga
ke-14
Tahun 4 : Meranti
Tahun5: Kelicap
Tahun 6: Xenix
Ucapan wakil guru bertugas
(Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor)
1. Tema minggu ini : Masa Itu Emas
1.1 Firman Allah dalam Surah AL-Asr ayat 1-3 berkaitan
kepentingan masa dalam kehidupan seharian.
1.2 Murid dinasihatkan agar sentiasa menghargai masa dengan
melakukan perkara yang berfaedah.
1.3 Memandangkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun yang
akan berlangsung tidak lama lagi, murid seharusnya menggunakan masa sepenuhnya
untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan
tersebut.
1.4 Pepatah Arab : masa itu ibarat pedang, jika kita tidak
memotongnya, ia akan memotong kita.
LAWAD
Bahasa Melayu : dusta (bohong)
Bahasa Inggeris: fabric (fabrik/kain)
Bahasa Arab : musytun (sikat)
Pengumuman
1.
Murid yang berminat untuk menyertai koir
dikehendaki memberi nama kepada guru muzik kelas masing-masing.
2.
Pep-Talk pada hari ini ialah kelas 6 Xenix dan 6
Unix.
Persembahan bicara
berirama dan penyampaian hadiah kepada pemenang (Pn Nor Azila)
Mereka telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini
bagi peringkat daerah Sepang.
Pertandingan ini telahpun
berlansung pada 18 April 2012 di SMK Cyberjaya. Sekolah ini juga berjaya menggondol hadiah bagi Konduktor terbaik (Nur Anis
Zarith Sofea bt Zam Azizol)
1.
Guru Besar mengingatkan kepada semua pengawas agar
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh.
2.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kumpulan
bicara berirama yang mendapat tempat pertama bagi daerah Sepang. Dengan
semangat kerjasama yang diberikan oleh guru dan murid, kumpulan ini dapat
mancapai kejayaan.
3. Guru Besar juga menasihatkan murid-murid agar sentiasa menggunakan masa sebaiknya dengan melakukan perkara yang berfaedah. Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.
No comments:
Post a Comment