Pages

Friday, April 20, 2012

MAJLIS SOLAT HAJAT FASA 1 2012


Khamis malam Jumaat 19 haribulan April 2012 masihi (bersamaan 27 jamadilawal 1433 Hijrah) solat hajat sempena UPSR tahun enam telah BERJAYA diadakan dengan selamat dan jayanya. Seramai 295 orang peserta yang terdiri daripada guru,  ibubapa dan pelajar  telah menghadirkan diri pada majlis tersebut. Majlis ini bermula seawal jam 7.00 malam dengan pendaftaran dan berakhir pada jam 10.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin, solat hajat dan solat isyak. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ceramah motivasi bersama ibubapa untuk calon UPSR 2012.  Ceramah itu telah disampaikan oleh Ustaz Ghazali bin Mohd Nor dari (MSQ Travel Traning).

Objektif Program
1)    Memotivasikan murid agar terus meningkatkan usaha untuk kejayaan.
2)  Murid dapat mengetahui keperluaan sebagai seorang hamba Allah untuk memohon hajat serta pertolongan daripada Allah.
3) Membentuk jati diri Muslim yang sejati dan memberi ketenangan jiwa ketika menghadapi peperiksaan.
4)    Mengukuhkan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa.

Laporan Bergambar

Pendaftaran Majlis solat hajat
Bacaan Yasin oleh peserta

peserta menghayati sesi ceramah selepas solat hajat
ceramah yang disampaikan begitu berkesan
Keberanian Adik Farah meluahkan perasaan sayangnya pada kedua ibubapa tercinta
wakil ibubapa meluahkan harapan yang tinggi untuk anak- anak tersayang
kasih bapa tidak ternilai ...
dikaulah harapan ayah!!
Sesi luahan anak bagi membalas jasa kedua ibu bapa
Tuan Guru Besar memberikan sedikit sumbangan kepada penceramah jemputan

Semoga program ini dapat keberkatan dari Ilahi dan boleh membuka hati pelajar untuk lebih rajin berusaha di samping dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa, anak-anak dan guru-guru. 

No comments:

Post a Comment