Pages

Monday, June 18, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-22 (SESI PAGI)

Hari :     Isnin
Tarikh : 18 Jun 2012
Masa :   7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas;
1. En. Ahmad Musrizuan b. Daud
2. En. Saifullah b. Mat Saupi
3. Pn. Rosmizawati bt. Yusub
4. Pn. Juli bt Mahbah
5. Pn. Halimatun Saadiah bt. Hassan
6. Pn. Nor Fairuzah bt. Ahmad Ramli
7. Pn. Khaironnajmi bt. Haron

Laporan/Ulasan :


1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
    a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
    b) Bacaan doa oleh Kamal Aizam (6 Xenix)
    c) Bacaan Ikrar Rukunegara (En. Ahmad Musrizuan b. Daud) dan Ikrar Murid (Atiqah An-Nur Binti                    Zainuddin).



2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu ke-21 (Pn. Nor Hamizah binti Hamzah)
    a) Masih terdapat segelintir murid yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Ada yang membuang sampah di atas penutup sampah, di dalam pasu bunga dan di atas meja di kantin. 
    b) Murid perlulah menjaga disiplin terutama selepas waktu rehat.
    c) Murid hendaklah memakai pakaian rumah sukan ketika menjalani latihan rumah sukan.



3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kecerian Kelas
    Kelas PPKI - Cekal
    Tahun 4 - 4 Keruing
    Tahun 5 - 5 Merbuk
    Tahun 6 - 6 Xenix


4. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini (En. Ahmad Musrizuan b. Daud)
    a) Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.
    b) Tema minggu ini : Berani Menghadapi cabaran.
         - Setiap manusia tidak terlepas dari menempuh cabaran dalam hidup. Jadi setiap cabaran perlu   ditempuhi dengan penuh cekal dan sabar.
         - Hidup merupakan sebuah perjuangan. Ada kalanya kita berjaya dan ada kalanya kita gagal. Maka jadikanlah kejayaan dan kegagalan itu sebagai pedoman dan panduan dalam menempuh hari-hari mendatang.
        - Persediaan dalam menghadapi cabaran dan risiko kehidupan perlu ada dalam diri seorang murid sebagai benteng untuk menjamin kesejahteraan diri demi mencapai kecemerlangan.


         - Perkataan LAWAD:
           Bahasa Melayu : Gempur (Diserang/dibinasakan)
           Bahasa Inggeris : Sniff (menghidu)
           Bahasa Arab : Asadun (singa)
    c) Tempahan baju rumah sukan bagi sesiapa yang berminat boleh dibuat melalui guru kelas masing-masing.


5. Ucapan Pn.Norasmawati bt. Omar
    a) Memaklumkan tentang program Gerak Gempur Tahun 6 telah masuk minggu kedua dan mulai 25-29 Jun 2012 akan diadakan Peperikasaan Percubaan UPSR 1.
     b) Masih terdapat murid-murid tahun 6 tidak hadir ke kelas tambahan dan murid-murid tersebut telah pun dikenalpasti. Tindakan sewajarnya akan diambil ke atas murid-murid tersebut.


6. Ucapan En. Ahmad Fuadi
     a) Memaklumkan pasukan kompang sekolah telah menyertai pertandingan peringkat daerah pada 14 Jun 2012 dan telah mendapat tempat ketiga. Pasukan ini akan dikomersialkan dan dijadikan kelab pada masa akan datang.
     b) Aktiviti ko-kurikulum pada minggu ini akan diganti dengan latihan rumah sukan. Sukantara pula akan diadakan pada hari Rabu minggu hadapan. Diharap semua murid dapat menghadirkan diri dan mengambil bahagian dalan acara-acara yang akan dipertandingkan. Mata yang diperolehi akan disumbang ke rumah sukan masing-masing. Piala sukantara akan disediakan untuk rumah sukan yang berjaya.
     c) Masih terdapat guru-guru kelas yang masih belum menyerahkan senarai nama murid rumah sukan kelas masing-masing dan diharap dapat menyerahkannya secepat mungkin.


6. Ucapan Guru Besar.
    a) Merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada murid-murid dan guru-guru yang telah berjaya mewakili dan mengharumkan nama sekolah.
     b) Meminta murid-murid menghayati tema minggu ini.
     c) Meminta agar semua murid mengambil bahagian dalam kejohanan sukantara dan kejohanan sukan tahunan sekolah yang akan diadakan tidak lama lagi. 















No comments:

Post a Comment