Pages

Monday, July 2, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-24 (SESI PAGI)

Hari     : Isnin
Tarikh : 2 Julai 2012
Masa   : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi

Guru Bertugas :
1. En Ismarizal Ismail
2. Pn Zuraini Ismail
3. Pn Roseniza Setapa
4. En Srimahathevan
5. Pn Noor Hanawati Alinda
6. Pn Kwa Jin Nee
7. Pn Visva Vilasini
8. Cik Nurul Aifaa

Laporan / Ulasan :

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar.
 a)Nyayian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu Sekolah.
 b) Bacaan doa oleh adik Muhammad Kamal Aizam (6 Xenix)
 c) Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn. Zuraini Ismail dan bacaan ikrar murid oleh adik Atiqah An-Nur (6 Xenix). 

2. Laporan / Ulasan guru bertugas minggu ke-23 (Pn. Rubiaton Ibrahim)
 a) Teguran tentang basikal murid yang tidak tersusun. Beliau menasihati murid agar menyusun basikal dengan teratur.
b) Pn. Rubiaton menasihati murid supaya makan dengan bersopan supaya makanan tidak tertumpah. Ini kerana pada hari Jamuan Hari Lahir Murid, keadaan kelas bersepah dengan makanan.
 c) Murid-murid juga dinasihati supaya menghafal nombor telefon ibu bapa atau menyimpannya di dalam dompet untuk memudahkan guru bertugas membuat panggilan ketika kecemasan.
 d) Murid-murid tahun 6 dinasihatkan supaya datang awal pada hari Jumaat untuk bacaan yasin.

3. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas.
    Kelas PPKI = Pertama - Tabah
                           Kedua   - Semangat
    * Kelas Yakin telah memenangi kebersihan kelas sebanyak 3 kali berturut-turut.

    Tahun 4 - Pertama - Seraya
                    Kedua   - Balau
                    Ketiga   - Cengal
    Tahun 5 - Pertama - Merbok
                   Kedua    - Merpati
                   Ketiga    - Kelicap
   Tahun 6 - Pertama - Novell
                   Kedua  - Xenix
                  Ketiga   - Windows

4. Ucapan guru bertugas minggu ini. (Pn. Zuraini Ismail)
    Memperkenalkan barisan guru bertugas.
    Tema : Budaya Membaca
     - Dapat menambah ilmu pengetahuan
     - Membaca boleh dilakukan di mana sahaja
     - Buku adalah kunci kepada kejayaan
    - Orang yang malas membaca adalah orang yang rugi dalam hidup.
    - Budaya membaca patut diamalkan.

5. Penyampaian hadiah Pertandingan EUREKA dan Saintis Muda. (Pn Khaironajmi)
    - Sekolah kita telah mendapat Johan dalam pertandingan ini. Hadiah telah disampaikan oleh En. Ahmad Puadi. Pesertanya EUREKA (Johan) ialah :
        a) Irfan Aqil
        b) Nur Alya
        c) Amirul Sofi
        d) Nurul Nadiah
    - Hadiah saguhati dalam pertandingan Saintis Muda kepada :
        a) Ilham Fahim
        b) Alya Husna

6. Pelancaran Bulan Bahasa (Pn. Norli Hassan)
    - Bulan Bahasa 2012 telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Siti Habsah Ahmad.
    - Antara aktiviti yang akan dijalankan antaranya pertandingan tulisan cantik, bercerita, silang sinonim, bersyair, ganda huruf, dan banyak lagi.

7. Disiplin Murid (Pn. Zaleha)
    - Pn. Zaleha telah membuat teguran tentang disiplin murid. Antaranya:
       a) Murid-murid perlu memberi tumpuan ketika guru berucap ketika perhimpunan dijalankan.
       b) Ketika bacaan ikrar, murid-murid perlu mengangkat tangan dengan betul.
      c) Susunan basikal murid mesti teratur. Hasil pemantauan beliau, masih terdapat 10 buah basikal murid yang tidak mempunyai tongkat.
      d) Murid-murid juga perlu terus beratur apabila loceng tamat rehat berbunyi.

8. Perkataan LAWAD
      Bahasa Malaysia - hening (jernih, sunyi/sepi)
      Bahasa Inggeris   - access (Kebenaran atau kelulusan)
      Bahasa Arab  - afuuzu (saya berjaya)

Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.




No comments:

Post a Comment