Pages

Sunday, July 15, 2012

PROGRAM MINDA CEMERLANG

Program Minda Cemerlang yang dijalankan pada Sabtu 14 Julai 2012. Ia bertujuan membimbing murid-murid untuk mengenali potensi diri, meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang  fungsi otak dalam membina kecemerlangan diri dan meningkatkan keyakinan diri untuk sentiasa berusaha mencipta kecemerlangan diri dari segi sahsiah dan akademik. Seramai 106 perserta terdiri daripada murid tahun 3 yang terpilih. Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling ini menjemput pakar motivasi dari Perak, En. Hasnan bin Abdul Hamid untuk membimbing program ini. Seawal pukul 7.30 pagi sesi pendaftaran telah bermula dan murid-murid bersedia untuk sesi Gym Brain (Senaman Otak), Potensi Otak (Cara Menguatkan Memori, Teknik Gelombang), Pemakanan Pintar, Kemahiran Mengingat, Belajar Pintar/Teknik VAK dan Cara Penggunaan VAKO (Video, Auditori, Kinestetik dan Oral ) dalam kehidupan .





















1 comment:

  1. tahniah kepada unit bimbingan dan kauseling. Sesungguhnya potensi murid perlu digilap dari awal..bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'..

    ReplyDelete