Pages

Wednesday, August 15, 2012

MAJLIS KHATAM QURAN

Pendahuluan
Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih murid-murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk  meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan di sekolah. 

Oleh itu, pada hari ini 15 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433, telah berlangsungnya program Khatam Al-Quran yang melibatkan 30 orang murid daripada tahun 4, 5 dan 6.  Program Tadarus AL-Quran telah dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang juga melibatkan hampir 200 orang murid dan guru-guru SKTPP. Acara yang berlangsung di Dewan Perdana ini disaksikan oleh semua murid dari tahun 1- tahun 6, murid PPKI, dan juga murid Prasekolah. Program ini juga merupakan progam yang dijalankan setiap tahun oleh Panitia Agama Islam SKTPP.

Objektif
Objektif program adalah seperti berikut :
1.       Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melazimkannya dalam kehidupan.
2.       Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan tentang tadarus dan khatam Al-Quran kepada murid-murid.
3.       Melahirkan murid yang celik Al-Quran.
4.       Menanam rasa cinta terhadap Al-Quran.
5.       Melancar dan memantapkan bacaan Al-Quran.


Aturcara Majlis Khatam Quran

7.45 pagi              : semua murid berhimpun di Dewan Perdana
8.00 pagi              : Bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal
                              Ucapan perasmian oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru Besar)
8.15 pagi              : Majlis khatam bermula
9.00 pagi              : Persembahan nasyid oleh murid Tahun 6
9.15 pagi              : Penyampaian cenderahati kepada
                                  -Peserta khatam Al-Quran
          -Peserta Tadarus Al-Quran
          -Sumbangan kepada anak-anak yatim
10.00 pagi            : Majlis bersurai

Laporan Bergambar
Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar

Alunan Al-Quran oleh Adik Naim Razali (6 Xenix)

Khatam Al-Quran oleh 20 orang murid tahap 2

Penyampaian cenderamata kepada semua peserta tadarus oleh PK Kokurikulum - En Fuadi

Penyampaian duit derma kepada anak-anak yatim dan kurang upaya oleh Tuan Guru Besar

Nasyid oleh murid Tahap 1


Turut hadir ialah NYDP PIBG Encik Rushdan bin Mohammed

Nyanyian lagu raya oleh adik-adik prasekolah

persembahan murid prasekolah

Persembahan Nasyid oleh murid tahun 6

Dendangan nasyid yang mendayu daripada Adik Naim dan Adik Amreen
untuk lebih paparan gambar, sila klik di sini

Penutup
Dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri setiap Muslim, perlu bermula sejak kecil lagi. Usaha seperti ini adalah antara aktiviti yang dapat dijalankan oleh pihak Panitia Pendidikan Islam SKTPP khususnya dan semua warga sekolah amnya. Semoga aktiviti ini dapat menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran dalam kalangan para pelajar dan guru-guru.

No comments:

Post a Comment