HARI JALINAN MESRA SIRI 2/2012
Tarikh: 2 NOVEMBER 2012
Hari : JUMAAT
Masa : 7.30 PAGI - 9.30 PAGI
LATAR BELAKANG
Ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.
OBJEKTIF
Memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing di samping kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.
Antara paparan yang dapat dikongsi bersama:-
AJK Penunjuk Arah sedang menanti ketibaan para ibu bapa |
Sesi perjumpaan antara ibu bapa/penjaga dengan guru PPKI |
Cikgu Norizmi sedang memberi penerangan tentang prestasi anak |
Guru kelas 4 Almon begitu tekun menjawab soalan daripada seorang bapa |
Salah seorang ibu murid kelas 4 Resak asyik mendengar penerangan Pn. Nurul Fadillah tentang prestasi anaknya |
Pn. Umi Nadzrah sedang membincangkan potensi diri murid dengan ibu |
En. Shahrizal selaku guru kelas 4 Keruing tenang menjawab soalan bapa kepada salah seorang murid kelasnya |
Gelagat ibu bapa dan guru sempena Hari Jalinan Mesra Siri 2/2012 |
No comments:
Post a Comment