Program Kembali Ke Landasan merupakan program tahunan
bagi membina semula sahsiah diri murid dalam meningkatkan tahap disiplin murid di sekolah. Ia merupakan satu program
pemulihan kepada semua murid demi kemenjadiannya sebagai seorang murid dari
segi sahsiah diri (disiplin), akademik dan kerjaya.
Program ini telah dijalankan dengan jayanya pada :
Tarikh : 1 November 2012 (Khamis)
Masa :
10.00 pagi-12.45 tengahari
(Murid sesi pagi dan petang)
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Taman Putra Perdana
Penceramah : En. Idzhar b. Jumali ( Perunding Utama Selfcure Resources)
Seramai 25 orang murid dari Tahap 2 dan 15 orang murid dari Tahap 1 yang terlibat dalam program ini.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang program berjalan.
Penceramah Undangan; En. Idzhar b. Jumali sedang menyampaikan sesuatu kepada peserta program.
Pn. Norhafiza bt Ismail selaku kaunselor sekolah turut bersama-sama menjayakan program tersebut.
Penolong Kanan HEM; Pn. Jamilah bt Ariffin turut hadir menjayakan program tersebut.
Peserta-peserta program yang bersemangat mengikuti ceramah dan aktiviti yang dijalankan.
Disediakan oleh : Pn. Norazian Mat Anuar
No comments:
Post a Comment