Tanggal 2 Februari 2013 (Sabtu) bertempat di SKTPP telah berlangsung kursus kepimpinan pengawas, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong kelas.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
i. Mengenali potensi diri, kekuatan dan kelemahan seterusnya memperbaiki serta mempertingkatkan
kepimpinan secara lebih sistematik dan efektif.
ii. Membentuk sahsiah dan ketrampilan murid sebagai pemimpin.
iii. Melahirkan pemimpin yang dapat djadikan "role model" oleh orang lain.
iv. Menerapkan rasa tanggungjawab serta dapat melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
v. Semangat kepimpinan dan kerjasama di kalangan mereka dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat
membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.
vi.
Mewujudkan ikatan hubungan muhibah antara sesama pemimpin yang
berbilang kaum agar mereka dapat bersatu hati dalam menjalankan tugas.
Aktiviti sepanjang kursus tersebut dapat dijalankan dengan jayanya dibantu oleh 20 orang fasilitator dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah taklimat ringkas/
Ice breaking, Permainan -personaliti pemimpin dan pengucapan awam.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung.
|
Pendaftaran peserta |
|
Sesi Ice breaking disampaikan oleh Pn Rashidah |
|
Aktiviti berkumpulan |
|
Pengucapan awam |
|
Taklimat pengawas |
|
Taklimat ringkas oleh Pn. Siti Rabiah |
|
Taklimat oleh Pn. Julaili untuk Pengawas Pusat Sumber |
|
Ketua dan Penolong Kelas |
|
Ketua Kelas dan Penolong Kelas Tahap 1 |
|
Fasilitator dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi |
|
Antara Fasilitator yang membantu |
|
Wajah ceria pengawas sekolah |
|
Pembahagian kumpulan untuk aktiviti seterusnya |
|
Aktiviti berkumpulan yang menarik |
|
Memperkenalkan diri masing-masing |
|
Pengucapan awam membentuk keyakinan diri murid |
|
Menyampaikan maklumat antara aktiviti yang dijalankan |
No comments:
Post a Comment