Pages

Tuesday, February 5, 2013

Perasmian Program Guru Penyayang


Perasmian Program Guru Penyayang 2013 telah diadakan pada  4 Februari 2013. Objektif program ini bertujuan
  • Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
  • Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan sekolah.
  •  Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Warga pendidik perlu sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang kerana  tindakan memberi kasih sayang itu merupakan satu bentuk pendidikan.Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik.

Guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.Semoga Program Guru Penyayang ini memberi manfaat yang besar terhadap semua guru dan murid SK Taman Putra Perdana. 

Guru Besar telah merasmikan Program Guru Penyayang. Antara ucapan beliau adalah setiap orang perlu menyayangi dan hormat kepada diri sendiri sebelum mengharapkan orang menyayangi anda. Kita perlu hormat dan menyayangi diri dengan jaga kebersihan diri, kekemasan diri, tingkahlaku yang baik dan menghormati orang sekeliling.


Kasih sayang boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara. Kadang-kadang seorang guru yang tegas itu sebenarnya mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi. Oleh itu janganlah murid-murid mengganggap guru yang menegur mereka itu tidak menyayangi mereka.

Guru besar merasmikan Program Guru Penyayang
Murid yang mementingkan kekemasan diri adalah ciri-ciri murid yang menyayangi diri sendiri


No comments:

Post a Comment