Pages

Wednesday, March 6, 2013

BENGKEL PEMBINAAN DAN PEMURNIAN INSTRUMEN PERINGKAT 2

6 Mac 2013 JK PBS SKTPP telah mengadakan satu bengkel pembinaan dan pemurnian instrumen untuk ru tahun 1 , 2 dan 3. Ini adalah bengkel yang kedua diadakan.Seramai 42 orang guru telah terlibat dalam perbengkelan kali ini.

Selain itu empat orang guru-guru pelatih dari IPGK Cheras ( opsyen DSV) telah berbesar hati mengikuti bengkel ini dalam menimba ilmu untuk membina instrumen.

Mata pelajaran yang terlibat dalam perbengkelan kali ini ialah Bahasa Arab, Dunia Seni Visual, Dunia Muzik,  Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Moral.Bahasa Inggeris dan Matematik juga turut terlibat dalam memurnikan instrumen yang sedia ada.

 Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan, kefahaman  dan pengalaman kepada guru-guru untuk membina sendiri instrumen berdasarkan Dokumen Standard Prestasi yang telah ditetapkan oleh LPM.

Hasil dari perbengkelan ini setiap kumpulan akan dapat menghasilkan sebuah fail instrumen mengikut mata pelajaran dan tahun untuk menjadi  rujukan di masa-masa akan datang.

Gambar-gambar sepanjang aktiviti :


KUMPULAN PENDIDIKAN KESIHATAN

KUMPULAN BAHASA INGGERIS MEMURNIKAN INSTRUMEN YANG SEDIA ADA

KUMPULAN DUNIA SENI VISUAL

KUMPULAN MATEMATIK MEMURNIKAN INSTRUMEN YANG SEDIA ADA

No comments:

Post a Comment