Jumaat, 19 April 2013 - Hari Jalinan Mesra murid tahun 6 telah dijalankan di Dewan Perdana SKTPP bermula 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Tujuan program ini dijalankan adalah bagi membolehkan ibu bapa mengambil slip keputusan peperiksaan. Seterusnya membincangkan prestasi akademik anak-anak bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing. Kehadiran ibu bapa yang memberangsangkan seawal jam 7.30 pagi menunjukkan komitmen yang jitu terhadap pencapaian anak-anak Semoga perjumpaan yang dijalankan secara tidak langsung memberi gambaran pencapaian murid bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.
No comments:
Post a Comment