Pages

Monday, April 22, 2013

Laporan PEPTALK bersama "Prof.Madya Dr Zunita bt Zakaria.


Pelapor : Pn Norasmawati bt Omar
Disampaikan oleh : Prof Madya  Zunita binti Zakaria
Kelas : 6 Tiung dan 6 Nuri
Masa : 8.00-8.30 pagi

Tajuk: Langkah pertama menuju kejayaan. “first step to success”
Definisi kejayaan:

Kejayaan ialah perihal berjaya,kemenangan,hasil atau mendapat sesuatu keberhasilan apa yang dicita-citakan.(Kamus Dewan m/surat 616)

“ Finding your road to success” adalah satu fakta yang penting dan perlu dititikberatkan sekiranya seseorang murid ingin mencapai kejayaan. Untuk menjadi seorang yang Berjaya kita perlu merancang perjalanan dalam hidup. Perjalanan untuk mencapai kejayaan bagi setiap manusia adalah berbeza. Ada orang yang agak mudah untuk mencapainya dan ada yang berliku dan terpaksa mengharungi banyak rintangan.


ASSESS àSTRENGTH ( KEKUATAN: MEMBANTU KAWAN-KAWAN YANG LEMAH)

               àWEAKNESS (KELEMAHAN: CUBA MEMPERBAIKI DIRI , ULANGKAJI DENGAN
                   KAWAN-KAWAN BERTANYA GURU.
               àREFLECT ( KAJI TINDAKBALAS )
DECIDE  à BUAT PILIHAN MENGIKUT KEUTAMAAN
DELIVERàTERUS PILIH (MENUJU) PILIHAN YANG TERBAIK.

ORANG YANG INGINKAN KEJAYAAN PERLULAH.
  •  JALANKAN APA YANG DIRANCANG BAGI MENCAPAI TARGET.
  • JANGAN BERPUTUS ASA SEKIRANYA TIDAK BERJAYA.
  • UBAH GAYA HIDUP SERTA TINGKAHLAKU YANG MENJURUS KEPADA MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI.
  • BULATKAN TEKAD UNTUK BERJAYA DAN SANGGUP MENGETEPIKAN  PELBAGAI LIKU YANG MENDATANG .
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM...



 Formula mencapai kejayaan yang disampaikan oleh Prof  Madya Dr Zunita..

Penerangan yang jelas dan jitu menarik minat murid-murid tahun 6

Guru Besar yang turut sama memantau aktiviti bersama guru subjek.

Murid-murid memberi sepenuh perhatian semasa sesi penyampaian..

Sesi soal jawab antara murid-murid dengan Prof Madya Dr Zunita.

Semoga maklumat yang diberikan dapat membakar semangat murid-murid pada tahun ini.

Melalui program PEPTALK ini AJK Unit Peningkatan Tahun 6 amat berharap semoga ianya dapat melahirkan murid-murid Tahun 6 yang sentiasa bersemangat untuk terus belajar dengan lebih tekun sekaligus melakar kejayaan yang lebih gemilang dalam UPSR Tahun 2013.

AMMIN..YA RABBAL ALAMIN...








1 comment:

  1. Nowadays many tamil learn apps are created by developer. these kinds of applications are used to learn tamil language as easier way.

    ReplyDelete