Rabu, 17 April 2013 – Unit Bimbingan dan
Kaunseling telah menganjurkan Program Motivasi Lawatan Kerjaya Tahun 6 ke
Kidzania. Program ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid yang
terlibat untuk mengenali dan memahami tentang sesuatu kerjaya yang diminati dan
mampu menghasilkan lonjakan motivasi bagi mencipta kejayaan dalam pelajaran.
Objektif program adalah seperti berikut:
- Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 6 dalam meningkatkan prestasi akademik.
- Memperkenalkan kepada murid-murid kerjaya-kerjaya pilihan yang boleh mereka terokai di Kidzania.
- Memberi pengalaman kepada murid-murid untuk melakukan sendiri kerjaya yang diminati mereka.
- Memupuk sikap berdikari dan memberi pengalaman baru menyertai lawatan bersama rakan-rakan dan guru.
Aktiviti melibatkan 80 orang murid
tahun 6 yang dipilih berdasarkan keputusan PKSR1 yang cemerlang. Antara guru-guru
pengiring ialah Rozimah bt Yaakob, Norhafiza bt. Ismail, Norasmawati bt. Omar, Juli
bt. Mahbah, Nor Arzah bt. Hussin, Noriza bt Md Nor, Zuraini bt Ismail dan
Zainur Jimah bt Abdullah.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar
program.
No comments:
Post a Comment