Pages

Thursday, May 30, 2013

JADUAL BERTUGAS PENOLONG KANAN SEMASA CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN


BIL

HARI

TARIKH

NAMA GURU

1.
Isnin
27.5.2013
Siti Habsah bt Ahmad (PK Pentadbiran)
2.
Selasa
28.5.2013
Ahmad Fuadi bin Sarham (PK Kokurikulum)
Rosdin bin Ibrahim (PK Petang)
3.
Rabu
29.5.2013
Semua Penolong Kanan
4.
Khamis
30.5.2013
Siti Habsah bt Ahmad (PK Pentadbiran)
5.
Jumaat
31.5.2013
Siti Habsah bt Ahmad (PK Pentadbiran)
6.
Isnin
3.6.2013
Jamilah bt Arifin (PK HEM)
7.
Selasa
4.6.2013
Jamilah bt Arifin (PK HEM)
Ahmad Fuadi bin Sarham (PK Kokurikulum)
8.
Rabu
5.6.2013
Ahmad Fuadi bin Sarham (PK Kokurikulum)
9.
Khamis
6.6.2013
Rosdin bin Ibrahim (PK Petang)
10.
Jumaat
7.6.2013
Rosdin bin Ibrahim (PK Petang)

Thursday, May 23, 2013

BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI TABLET SEKOLAH (FASA 1)

Tarikh     : 22 Mei 2013
Hari        : Rabu
Masa      : 1.30 tengah hari - 3.30 petang


Satu bengkel tentang penggunaan aplikasi tablet (Nautica) sekolah telah diadakan di makmal komputer 1 SK Taman Putra Perdana. Seramai 17 orang guru dan 6 orang staf sekolah telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini bertujuan untuk memberi panduan kepada guru cara-cara memanfaatkan tablet dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Agenda sepanjang bengkel:
a) Pengenalan tentang perkakasan dan perisian tablet.
b) Penerangan mengenai cara-cara menggunakan aplikasi "Play Store" untuk muat turun perisian.
c) Cara-cara tablet akan digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
d) Kelebihan dan kekurangan yang perlu diatasi semasa penggunaan di dalam kelas.

Bengkel turut diserta oleh PPM Pendidikan Khas.

Sebahagian kumpulan guru dan staf sekolah.

Guru-guru sedang mencari aplikasi untuk dimuat turun.

Guru besar memberi bimbingan untuk menggunakan "Play Store".

Penerangan tentang penggunaan tablet daripada guru besar.

LATIHAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA
PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikutan kejayaan Pasukan Bicara Berirama Sekolah yang akan mewakili daerah Sepang ke Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Selangor pada 18 Jun 2013 di Klang, pihak sekolah akan menjalankan beberapa sesi latihan sepanjang minggu pertama cuti penggal persekolahan untuk memantapkan lagi persembahan.

Oleh itu, mohon jasa baik daripada pihak ibu bapa/penjaga untuk memberi kebenaran kepada anak tuan/puan untuk menghadiri latihan pada tarikh dan ketetapan berikut:-
Tarikh                                            Masa
27 Mei 2013                                 9.00 pagi - 2.00 petang
28 Mei 2013                                 9.00 pagi - 2.00 petang 
29 Mei 2013                                 2.00 petang - 6.00 petang
30 Mei 2013                                 2.00 petang - 6.00 petang
31 Mei 2013                                 2.00 petang - 6.00 petang

Senarai nama peserta Pasukan Bicara Berirama SKTPP:


BIL
NAMA
TAHUN
1
AIDINI SOFI BINTI AMAR UBADAH
4 WAJA
2
AINA ILYANI BINTI BIJASARI
4 WIRA
3
ALYSSA BINTI EZRAL
4 WIRA
4
HARISH HAIKAL BIN MUHAMMAD LATIFI
4 WIRA
5
MUHAMMAD AFIQ AKMAL BIN SHAHROM
4 WIRA
6
NAJIHAH BINTI KAMARUL ARIFFIN
5 KERUING
7
LAILA ASLEN
5 RESAK
8
NUR FADHILAH BINTI RAZALI
5 RESAK
9
ZULAIKHA BINTI MOHAZLIN
5 SERAYA
10
AFIQ IRFAN BIN BIJASARI
5 SERAYA
11
MUHAMAD SHAHRIZAL BIN RAHMAT
5 SERAYA
12
MUHAMAD IRFAN NAQIB BIN MOHD NAZARUDIN
5 SERAYA
13
ALANI FATINI BINTI AZIZUL SYAHRIL
5 SERAYA
14
ANIQ IQBAL BIN ZULKARNAIN
5 SERAYA
15
ATIRAH AN-NUR BINTI ZAINUDIIN
5 SERAYA
16
MUHD DANIAL HAQEEM BIN AZMAINI
5 SERAYA
17
MUHAMMAD ZAHIR BIN AMINUR RASHID
5 SERAYA
18
MOHD AMIR FIRDAUS BIN ZAINUDDIN
6 MERAK
19
WAN MUHAMMAD BADRIZ SYAH PUTRA BIN WAN NORKIHAN
6 MERAK
20
MUHAMMAD NAQIM AQIMI BIN AZMAN
6 MERAK
21
MUHAMMAD IKMAL HARIS BIN FAZIR
6 MERPATI
22
FATIN FARZANA BINTI SHAHARIMAN
6 MERPATI
23
NUR FARAH ALEEYA BINTI MOHD JAFFNY
6 MERPATI
24
NUR ASYIQIN BINTI MOHAMED ESA
6 MERPATI
25
MUHAMAD ZAFRI BIN WAHAB
6 MERPATI
26
MOHAMAD ZARIF ZUHAIRI BIN SYAHRIL
6 NURI
27
PUTERI NABILAH SYAHIRAH BINTI ZABIDI
6 TIUNG
28
NUR ALIAH SABRINA BINTI MOKHTAR
6 TIUNG
29
NUR ANIS ZARITH SOFIA BINTI ZAM AZIZUL
6 TIUNG
30
AINAA SAKINAH BINTI FAUZI
6 TIUNG
31
FARAH 'ALIYA BINTI JASMIN
6 TIUNG
32
WAN FATHIN AMIRAH BINTI WAN MOHD TAMIZI
6 TIUNG

Jika ada sebarang perubahan tarikh, pihak kami akan maklumkan melalui anak tuan/puan. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan kami ucapkan terima kasih.

Makluman:
Pemilihan semula ahli Pasukan Bicara Berirama Sekolah akan dilakukan sepanjang tempoh latihan berdasarkan ketetapan dan peraturan pertandingan peringkat negeri yang menghadkan hanya 30 orang peserta sahaja. Semoga anak tuan/puan dapat memberikan komitmen terbaik untuk mengekalkan kedudukannya dalam Pasukan Bicara Berirama Sekolah.

Disediakan oleh:-
NURLIZA BINTI AB RAHMAN
Guru Pembimbing
Pasukan Bicara Berirama SKTPP

HARI JALINAN MESRA SIRI 1/2013

Tarikh  : 23 Mei 2013
Hari      : Khamis
Masa    : 11.00 pagi hingga 2.00 Petang


Hari Jalinan Mesra ini bertujuan memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing. Selain itu, kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu berbangkit.

Sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga jam 2.00 petang di kelas masing-masing. Ibu bapa mulai hadir ke sekolah dengan wajah yang ceria untuk mendapatkan pelaporan mengenai anak-anak dari tahun 1 hingga tahun 6 dan murid PPKI.

Aktiviti khusus dijalankan kepada murid-murid yang hadir ke sekolah seperti membaca buku, menjawab kuiz dan sebagainya. Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru di Dewan Perdana. 

Kesimpulannya daripada program ini, ibu bapa atau penjaga sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, intelek dan jasmani. Semoga usaha ini mampu memberikan murid-murid SKTPP ke arah kehidupan dan persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Berikut adalah rakaman aktiviti sepanjang Hari Jalinan Mesra berlangsung


Ibu bapa yang hadir melihat papan kenyataan yang menunjuk
arah ke kelas

Ibu dan bapa dan guru berbincang mengenai perkembangan anak mereka

Pn. Nurrul Huda sebagai guru kelas tahun 1 Patologi

Guru yang menjaga

Murid-murid sesi pagi mengisi masa dengan membaca sambil
menanti ibu bapa  membawa mereka pulang
YDP PIBG turut hadir untuk berbincang dengan guru
mengenai perkembangan anaknya

Ibu murid tahun 6 Tiung bersama guru kelasnya Pn Noor Azila

Kaunter pembayaran yuran PIBG 

Pn. Normizawati 

Pn Azwani memberi penjelasan kepada ibu murid

Pn. Arjunawati melayan bapa murid

Pn. Noor Hafizan menerangkan pelaporan murid untuk
murid tahun 3 KSSR.


Ibu bapa sabar menunggu giliran masing-masing