Tarikh : 23 Mei 2013
Hari : Khamis
Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 Petang
Hari Jalinan Mesra ini bertujuan memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing. Selain itu, kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu berbangkit.
Sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga jam 2.00 petang di kelas masing-masing. Ibu bapa mulai hadir ke sekolah dengan wajah yang ceria untuk mendapatkan pelaporan mengenai anak-anak dari tahun 1 hingga tahun 6 dan murid PPKI.
Aktiviti khusus dijalankan kepada murid-murid yang hadir ke sekolah seperti membaca buku, menjawab kuiz dan sebagainya. Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru di Dewan Perdana.
Kesimpulannya daripada program ini, ibu bapa atau penjaga sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, intelek dan jasmani. Semoga usaha ini mampu memberikan murid-murid SKTPP ke arah kehidupan dan persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.
Berikut adalah rakaman aktiviti sepanjang Hari Jalinan Mesra berlangsung
Ibu bapa yang hadir melihat papan kenyataan yang menunjuk arah ke kelas |
Ibu dan bapa dan guru berbincang mengenai perkembangan anak mereka |
Pn. Nurrul Huda sebagai guru kelas tahun 1 Patologi |
Guru yang menjaga |
Murid-murid sesi pagi mengisi masa dengan membaca sambil menanti ibu bapa membawa mereka pulang |
YDP PIBG turut hadir untuk berbincang dengan guru mengenai perkembangan anaknya |
Ibu murid tahun 6 Tiung bersama guru kelasnya Pn Noor Azila |
Kaunter pembayaran yuran PIBG |
Pn. Normizawati |
Pn Azwani memberi penjelasan kepada ibu murid |
Pn. Noor Hafizan menerangkan pelaporan murid untuk murid tahun 3 KSSR. |
Ibu bapa sabar menunggu giliran masing-masing |
No comments:
Post a Comment