Pages

Thursday, June 20, 2013

PENGANUGERAHAN SIJIL 5 BINTANG KEPADA SKTPP DALAM SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)


SKTPP telah dianugerahi Sijil Lima Bintang dalam penarafan  Smart School Qualification Standards (SSQS) untuk tahun 2012. Sijil ini telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Selangor Tn Hj Mahmud bin Karim.

Pengukuran tahap bestari sekolah dibuat dengan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. SSQS dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia Development Corporation (MDeC).

OBJEKTIF SSQS
1. Meningkatkan penggunaan ICT sekolah.
2. Menjadi sistem pemantauan dan pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan
    serta pengajaran dan pembelajaran (P&).
3. Menjadi rujukan untuk penambahbaikan polisi dan program KPM.
4. Memperkasa guru dan murid dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT
    untuk P&P.


Empat domain utama SSQS ialah penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur. Setiap domain mempunyai indikator-indikator tertentu. Tahap bestari sesebuah sekolah dinyatakan dengan “bintang” atau star rating iaitu dari 1 bintang (terendah) hingga 5 bintang (tertinggi) berdasarkan skor yang ditetapkan.
SIJIL 5 BINTANG SSQS

No comments:

Post a Comment