Aktiviti 'Mencari Nilai Murni' meletakkan objektif untuk mendedahkan lagi murid kepada perkataan-perkataan yang melambangkan nilai-nilai murni supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Program 'Ceramah Motivasi Kecemerlangan Diri' pula memberi peluang kepada murid untuk mendalami dan mengetahui teknik yang sesuai bagi mengembalikan semangat murid dalam usaha mencapai kecemerlangan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah yang sangat berkaliber iaitu Dr Lawrence Arokiasamy, Associate Professor UCSI University.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program dilaksanakan :
Murid mencari perkataan dengan penuh minat |
Perbincangan tentang nilai-nilai murni yang akan diketengahkan dalam aktiviti |
Antara hasil kerja murid |
Antara guru yang turut serta dalam program ini |
Dr Lawrence pandai menarik minat murid dengan berinteraksi secara santai. |
Murid mencatat nota-nota penting |
Murid mula berminat menanyakan soalan kepada Dr Lawrence |
Penyampaian sijil dan cenderahati kepada penceramah |
No comments:
Post a Comment