Bulan Syaaban
merupakan bulan untuk kita mengejar kebaikan bagi persediaan menghadapi ramadhan.
Antara kebaikan dan kelebihan beribadat dalam Syaaban ialah:- 1.Barang siapa berpuasa 3 hari pada awal
bulan syaaban, tiga hari pada pertengahan dan tiga hari pada akhir bulan
syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadat
70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahuntersebut , matinya seperti mati
syahid. 2.Doa orang – orang yang beriman akan
dimakbulkan, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:“
Dalam Solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam jumaat,pada
malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam
raya, iaitu malam hari raya aidlfitri dan Aidiladha "(Riwayat
: Abdullah Umar) 3.Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban
kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.
No comments:
Post a Comment