Pages

Tuesday, July 2, 2013

Latihan Sukaneka PPKI

Pada 18 Jun 2013 (Selasa), murid-murid PPKI SKTPP telah menjalani satu sesi latihan sukaneka bersama-sama guru-guru PPKI. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bermain dengan gelung rotan, pundi kacang dan juga terompah gergasi. Semua murid dikehendaki melakukan kesemua aktiviti  bagi melatih mereka supaya lebih bersedia dan berupaya melakukannya. Seterusnya, tapisan penyertaan murid-murid PPKI juga turut dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan murid tersebut boleh atau berupaya untuk melakukan aktiviti sukaneka tersebut. Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung:

Murid-murid PPKI melakukan aktiviti pemanasan badan dahulu sebelum memulakan latihan.

Guru menunjukkan cara bermain dengan gelung rotan

Permainan dimulakan. 
Setelah menjalani sesi latihan sukaneka, murid-murid PPKI pula dilatih untuk perbarisan hari sukan. Murid-murid dibawa ke padang sekolah dan berarak mengelilingi padang sekolah di bawah pengawasan guru. Antara gambar yang telah dirakamkan adalah seperti berikut:

Murid-murid PPKI diletakkan dalam satu baris untuk memudahkan guru menyusun atur  kedudukan murid dalam perbarisan

Kedudukan murid-murid PPKI yang telah disusun mengikut ketinggian mereka. 

Angkat!Jatuh!Angkat, luruskan barisan.
Disediakan oleh,
Rozaitul Ikhma Ab Razak

No comments:

Post a Comment