Pages

Thursday, July 18, 2013

PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK TAHUN 2

Aktiviti Bulan Bahasa 2013 anjuran Panitia Bahasa Malaysia dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak oleh murid-murid tahun 2.  Pertadingan telahpun di adakan pada 17 Julai 2013.  Pertandingan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada murid-murid tahun dua telah mengetengahkan seorang wakil dari setiap kelas.  Masing-masing telah menunjukkan bakat dan kemahiran dalam mendeklamasikan sajak dengan begitu baik.  

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang pertandingan dijalankan.


Pertandingan dihakimi oleh Pn Shurhama dan Pn Azizah


Sokongan dari kawan-kawan menaikkan lagi semangat para peserta


Sebahagian peserta yang mengambil bahagian


  

Disediakan oleh:
Nor Maziah Abd Malek

No comments:

Post a Comment