Pages

Tuesday, September 10, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-33 (SESI PETANG)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 9 September 2013                                          
Masa   : 6.10 hingga 6.40 petang.

Guru-guru bertugas:
     1.    En. Hafiz Bin Md Noor ( K )
     2.    En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
     3.    Pn. Salami Binti Adnan
     4.    Pn. Nor Khusaini Binti Salehudin
     5.    Pn. Nor Holwani Binti Yahaya
     6.    Pn.Norazian Binti Mat Anuar
     7.    Nur Azlin Binti Mat Nor

LAPORAN

1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
      1.1  Nyanyian lagu Negaraku.
      1.2  Bacaan doa oleh adik Asyraaf Aqasha ( 3 Zeta ).
      1.3  Ikrar Rukun Negara oleh En. Hafiz Bin Md Noor.
      1.4 Ikrar Sekolah oleh adik Muhammad Aliq Danish ( 3 Theta )

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Nor Sabariah Binti Awang Ngah)
     2.1  Menasihati murid supaya tidak membuat bising ketika beratur di dewan.
     2.2  Membuang sampah di dalam bakul sampah dan menjaga kebersihan kelas serta kawasan sekolah.
     2.3 . Kes membuang buku teks rakan ke dalam tong sampah.

3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (En. Hafiz Bin Md Noor)
      3.1  Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
      3.2  Murid-murid direhatkan selama tiga hari 10-12 September 2013 sempena UPSR.
      3.3 Murid-murid  dilarang membawa alat permainan ke sekolah.
      3.4 Kes murid ponteng kelas.

 4.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Petang ( En. Rosdin Bin Ibrahim )
     4.1  Murid diharapkan supaya berubah menjadi lebih baik, rajin belajar, rajin solat, berdisiplin. Meminta murid-murid supaya mendoakan murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR.
     4.2 Beliau mengingatkan kepada murid-murid supaya tidak menipu, jangan aniaya rakan dan saling hormat-menghormati.
     4.2 Mengingatkan agar murid-murid menyerahkan borang dan duit Cyclothon kepada guru kelas pada 13 September 2013.


Sesi perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang.


Adik Asyraaf Aqasha mengetuai bacaan doa.

Murid membaca Ikrar Rukun Negara.

Pn. Nor Sabariah menyampaikan laporan guru bertugas minggu lepas.

Murid-murid beratur setelah perhimpunan berakhir.

No comments:

Post a Comment