Pages

Friday, September 20, 2013

PENGGUNAAN CHROMEBOOK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Setelah penggunaan makmal komputer ditutup sejak 30 Ogos lalu  selama lebih 2 minggu, maka pada pada hari Selasa, 17 September 2013 ia dibuka semula dengan keadaan serba-baru.  Pembukaannya menandakan bermulanya era penggunaan chromebook dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di SK Taman Putra Perdana! 

Riak wajah kerinduan murid untuk menggunakan kemudahan ICT di makmal komputer serta-merta terubat apabila masing-masing berpeluang menggunakan chromebook tanpa perlu berkongsi.  Sekiranya sebelum ini, murid-murid perlu berkongsi dua atau tiga orang menggunakan sebuah PC, kini ia sudah menjadi sejarah.

Semoga insiatif ini dapat meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan murid-murid tentang ICT. Dalam masa yang sama, dengan adanya kemudahan penggunaan chromebook ini, secara tidak langsung  memberi peluang kepada murid-murid  yang  tidak mempunyai kelengkapan ICT di rumah seperti komputer memanfaatkannya.

Gambar di bawah memaparkan suasana pembelajaran dan pengajaran di dalam makmal komputer 3 bagi penggunaan chromebook. 





Disertakan juga jadual penggunaan chromebook bagi sesi pagi dan sesi petang :-



Video pengenalan tentang chromebook:-



No comments:

Post a Comment