Pages

Wednesday, October 2, 2013

Karnival Cyclothon


Pelbagai acara menarik disediakan sempena Karnival Cyclothon SKTPP 2013. Antara pertandingan-pertandingan yang akan disediakan adalah seperti berikut:

Acara /
AJK Pendaftaran Pertandingan

Syarat-syarat pertandingan
Basikal Tercantik
(Pn. Norshakila Bt Rusly)
YURAN PENYERTAAN : RM2

LOKASI PERTANDINGAN : Dewan Taman 
(rujuk pelan lantai-lokasi: 4)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : Jumaat, 4/1/2013

KELAYAKAN PENDAFTARAN
  • Terhad kepada 10 penyertaan.
  • Terbuka kepada semua.
  • Basikal dihias mengikut kreativiti peserta di rumah.
  • Mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi.
  • Dikira mengikut kekemasan.
  • Kebolehgunaan yang bermaksud bukan sekadar untuk pameran tetapi boleh digunakan.
TARIKH TUTUP DAN PENGHANTARAN MODEL
  • Hantar basikal yang telah siap dihias dan daftar di Dewan Taman selewat-lewatnya pukul 8.15 pagi.
HADIAH
  • Pemenang ditentukan melalui undian pengunjung yang berdaftar
  • 5 hadiah disediakan.
Basikal Lambat
(En. Hafiz B. Md Noor)


YURAN PENYERTAAN : RM2

LOKASI PERTANDINGAN : Dataran Perhimpunan
(rujuk pelan lantai-lokasi: 2)

KELAYAKAN PENDAFTARAN
  • Terbuka kepada semua.
  • Basikal tidak disediakan oleh pihak penganjur
  • Basikal dua roda sahaja.
  • Jatuh @ kaki menyentuh lantai dikira batal.
  • Peserta dibenarkan bertanding berulang kali dengan bayaran penyertaan baru (tertakluk kepada kelulu)
HADIAH
  • 5 hadiah disediakan
Cipta Model Basikal
(Pn. Jumilah bt Ahmad)
YURAN PENYERTAAN : RM2

LOKASI PENDAFTARAN & PERTANDINGAN :
  • Dewan Taman (rujuk pelan lantai-lokasi: 4)
KELAYAKAN PENYERTAAN :
  • Terbuka kepada semua
  • Penyertaan secara individu sahaja.
  • Menggunakan bahan-bahan terbuang atau terpakai sahaja.
  • Peserta boleh menyertakan  seberapa banyak penyertaaan yang dikehendaki tetapi setiap penyertaan disertakan dengan borang penyertaan dan yuran yang berasingan.
KRITERIA PENGADILAN :
  • Hakim berhak memilih dan menilai pemenang berdasarkan kreativiti, penggunaan bahan terbuang/ terpakai, inovasi reka bentuk dan kekemasan.
TARIKH TUTUP DAN PENGHANTARAN MODEL
  • Semua penyertaan dan model basikal yang telah siap hendaklah diserahkan sewaktu pendaftaran di meja urusetia selewat-lewatnya jam 10.30pagi, 5/10/2013.
HADIAH :
  • 5 hadiah disediakan.
Mewarna Gambar Basikal
(Pn. Astina bt Mahad Nor)
YURAN PENDAFTARAN : RM2

LOKASI PENDAFTARAN & PERTANDINGAN :
           3 kelas tahun 1 di aras bawah 
(rujuk pelan lantai-lokasi: 2)


MASA PENDAFTARAN  :  Sebelum pukul 9:00 pagi, 5/10/2013

KELAYAKAN PENDAFTARAN
  • Terbuka kepada semua kanak-kanak yang berumur 9 tahun dan ke bawah.
  • Membawa peralatan mewarna sendiri.
TEMPOH MASA PERTANDINGAN : 1 jam

HADIAH
  • 5 hadiah disediakan
Melukis Model Basikal
(Pn. Mazzaini bt Muda)
YURAN PENDAFTARAN : RM2

LOKASI PENDAFTARAN & PERTANDINGAN: Dewan Perdana, (rujuk pelan lantai-lokasi: 3)

KELAYAKAN PENDAFTARAN
  • Terbuka kepada semua murid tahun 4, 5 & 6 (murid SKTPP & murid dari sekolah lain)
  • Kertas lukisan disediakan oleh pihak penganjur.
  • Peserta perlu menyediakan:
  • peralatan melukis
  • peralatan mewarna
  • surat khabar untuk dijadikan alas
TEMPOH MASA PERTANDINGAN : 1 jam

HADIAH
  • 5 hadiah disediakan

Cyclothon Kick Off merupakan acara berbasikal beramai-ramai di sekitar kawasan Taman Putra Perdana. Para pengunjung boleh menyertai acara ini menaiki basikal sendiri. Acara ini akan bermula pada jam 9.15 hingga 10.15 pagi. Berikut adalah pelan berbasikal Cyclothon.



Selain daripada itu terdapat juga pelbagai gerai jualan untuk dikunjungi seperti gerai makanan dan minuman, barangan permainan, gerai buku dan sebagainya. Berikut disertakan plan lantai Karnival Cyclothon.


Acara kemuncak pada hari tersebut adalah cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik.




Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan Karnival Cyclothon SKTPP yang julung kalinya diadakan.





No comments:

Post a Comment